Guan Eng kata hutang tambah sebab bayar hutang lama – Najib

Seronok saya tengok berita hari ini yang rata-rata melaporkan Guan Eng akhirnya mengaku bahawa hutang negara meningkat dengan banyak.

Mula-mula dia tak mengaku hutang naik.

Lepas itu dia kata hutang tambah kerana perlu bayar hutang lama.

Hari ini, dia ada alasan baru bahawa “Hutang langsung naik sebab kerajaan tidak ‘biaya luar belanjawan’.

Eh.. Guan Eng. Hutang langsung naik. Jaminan kerajaan pun naik.

Cuma liabiliti PPP yang tidak siapa pun tahu apa ada di dalam dan tidak pernah disenaraikan oleh Guan Eng liabiliti dari projek mana dan bagaimana ianya dikurangkan.

Cuba tanya dia. Dia tak akan jawab kerana inilah rekaan dia sahaja.

Guan Eng punya alasan bahawa kerajaan PH tidak meminjam di luar belanjawan pun tak betul.

Lampiran ini adalah pinjaman sukuk bernilai RM27 bilion yang diterbitkan pada bulan April tahun ini oleh sebuah syarikat yang 100% milik Kementerian Kewangan.

Sila panggil Guan Eng tunjukkan bahagian mana dalam belanjawan 2019 yang membutirkan sukuk ini.

Nak tahu idea untuk jual aset negara secara lambak sebenarnya datang dari siapa?

Inilah jawapan beliau. Ini memang SOP beliau dari masa dia Ketua Menteri Pulau Pinang dahulu.

Banyak aset-aset negara sudah dijual tapi lagi banyak bertambahnya hutang negara.

Saya juga nak tanya Guan Eng:

“Kerajaan yang mana dahulu yang membina begitu banyak aset-aset negara untuk PH jual secara lambak?”

Dari FB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker