Lima tuntutan kebersihan diri

ISLAM amat menitikberatkan soal kebersihan dalam ruang lingkup yang luas iaitu daripada sebesar-besar perkara hingga sekecil-kecil amalan. Antaranya adalah memotong kuku.

Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Lima perkara daripada tuntutan agama iaitu; berkhatan, mencukur ari-ari, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai.” Riwayat Muslim

Oleh itu, umat Islam disunatkan memotong kuku bermula dari tangan kanan kemudian tangan kiri. Begitu juga memulakan kaki kanan kemudian kaki kiri.

Amalan itu selari dengan sifat Nabi SAW yang suka memulai sesuatu dengan yang sebelah kanan seperti disebut dalam hadis Aisyah r.ha : “Rasulullah sangat senang mendahulukan sisi yang kanan dalam memakai selipar, bersikat, bersuci dan dalam semua urusannya (yang baik).” – Riwayat Bukhari dan Muslim

Dalam perkembangan sama, tiada tempoh yang ditetapkan bagi seseorang untuk memotong kuku, sebaliknya janganlah membiarkan kuku tidak dipotong sehingga melebihi 40 malam seperti diriwayatkan oleh Anas bin Malik maksudnya :

“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih dari 40 malam.” – Riwayat Muslim

Utusan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker