Berkira dengan Tuhan?

RUNTUHKAN ego diri dan buang sikap berkira dengan Tuhan menerusi
RUNTUHKAN ego diri dan buang sikap berkira dengan Tuhan menerusi amalan baik yang dituntut termasuk bersedekah.

DIMANAKAH kewajaran kita untuk ‘berkira’ dengan Tuhan apabila semua yang diberikan-Nya tidak pernah diminta dibayar. Apa yang Allah SWT minta kita lakukan adalah bertakwa kepada-Nya, menjadi hamba sejati.

Apa yang dimaksudkan ‘berkira’ dengan Allah? Seringkali kita bersifat mementingkan diri sendiri dan menganggap kita sudah menunaikan apa yang diperintah oleh-Nya, sedangkan terang lagi bersuluh kita cuai dalam melaksanakannya.

Contoh paling mudah, kita sanggup berkira dalam melaksanakan kewajipan solat dengan tidak melakukan amalan sunat yang disarankan termasuk membaca surah selepas habis membaca Surah Fatihah.

Lebih menyedihkan, ada sesetengah daripada kita sanggup menjadi ‘pencuri dalam solat’ apabila tidak menjaga tertib dan perlu tunggu seketika (tama’ninah) antara rukun-rukun solat yang telah diwajibkan.

Selepas bersolat, sikap berkira kepada Allah terus dilakukan apabila tidak mampu mengucapkan sebarang puji-pujian buat Yang Maha Kuasa yang telah memberikan segala nikmat kepada kita sekalian alam.

Jika tanpa sempat mengucapkan sebarang pujian kepada Allah dan terus bangkit meninggalkan tikar sejadah, bila masa kita mahu berdoa memohon keampunan daripada Allah atas segala kesalahan dan kemungkaran yang telah kita lakukan?

Maka jelas kita seorang yang angkuh dengan Allah jika perkara mudah sebegini rupa pun kita tidak mampu melakukannya. Ingatlah, Allah adalah sebaik-baik pembalas atas segala amalan kita di dunia.

Jangan sampai di hari pembalasan nanti baru teringat hendak berdoa memohon keampunan. Bak kata orang Negeri Sembilan ‘tak sompat laie dah ekau jang oiiii’. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker