#PrkTanjungPiai : Ujian Kepada Piagam Muafakat Nasional

Share


oleh Ab Jalil Backer

1. Semoga Allah merahmati dan mengampuni segala dosa-dosa allahyarham Ahli Parlimen Tanjung Piai Mohamed Farid Md Rafik, yang meninggal dunia awal pagi ini.

2. Takziah kepada keluarga Allahyarham yang juga merupakan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

3. Pemergian ini akan mencetuskan satu pilihan raya kecil (PRK) baharu bagi Parlimen Tanjung Piai dan merupakan ujian pertama kepada Piagam Muafakat Nasional.

4. Dalam PRU-14, Naib Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai itu mengalahkan calon MCA Wee Jee Seng dengan majoriti tipis 524 undi.

5. Mohamed Farid meraih 21,255 undi, sementara Wee mendapat 20,731. Manakala Pas mendapat undi 2,962 undi.

6. Di atas kertas sepatutnya tiada masalah untuk kerjasama BN-Pas merampas kerusi ini. Namun atas kertas tidak selalu menjadi realiti dalam politik.

7. Melayu mempunyai jumlah pengundi sekitar 57%, Cina 42%, India 1%.. Dalam PRU-13 Wee Jee Seng (BN-MCA) menang dengan majoriti 5457 undi.

8. Banyak faktor yang diperlu diambil kira terutamanya calon dan parti. Bagi BN kerusi ini tradisinya kerusi MCA.

9. Jika Penyatuan Ummah dan Muafakat Nasional mahu membuktikan mereka tidak mengenepikan mana-mana kaum dan agama, maka tradisi ini sewajarnya dikekalkan.

10. Statistik juga akan dapat membantu menentukan parti mana dan siapa yang wajar bertanding.

11. Apakah hasil pengundian di peti-peti undi masyarakat Cina kepada Wee Jee Seng dalam PRU-14. Jika ia melebihi peratusan undi masyarakat Cina di peringkat nasional maka beliau dan MCA perlu diberi peluang bertanding.

12. Jika beliau mendapat undi masyarakat Cina kurang dari 10% dalam PRU lalu, maka eloklah MCA memikirkan keadaan untuk memberi laluan kepada Umno dalam PRK ini.

13. Ini dilema BN. Meletak calon Umno mungkin memberi gambaran tidak baik mengenai penyatuan ummah kepada bukan Islam.

14. Meletak calon MCA yang tidak langsung mendapat sokongan kaum Cina juga boleh menjadi faktor kemarahan majoriti pengundi Melayu.



One thought on “#PrkTanjungPiai : Ujian Kepada Piagam Muafakat Nasional

  • September 21, 2019 at 9:53 pm
    Permalink

    Jadi tnjung piai menarik utk ditonton….jika bn letak calon melayu…PH akan menang kerana lebih 90 peratus cina akan mengundi ph…pengundi melayu masih masih 50-50 di antara penyokong ph dan penyokong bn….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *