PAS tetap tolak Anwar jadi PM, kata Hadi

Share


Persiden PAS, Abdul Hadi Awang menolak konsensus Pakatan Harapan yang mencadangkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri seterusnya menggantikan Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, katanya, Dr Mahathir harus terus kekal sehingga habis penggal menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

“(Sedangkan) Anwar, parti dia sendiri pun (PKR) tak terima dia, ini macam mana?

“Pecah dua dan sebahagian (ahli dan penyokong) PKR terima dan sebahagian lagi tidak,” kata Abdul Hadi yang dipetik portal Utusan Malaysia Online sejurus selesai menyampaikan Kuliah Jumaat di Masjid Rusila dekat Marang hari ini.

Presiden PAS itu merujuk masalah dalaman PKR yang menyaksikan rasa tidak puas hati kumpulan yang diketuai timbalan presidennya, Mohamed Azmin Ali yang memulaukan semua mesyuarat parti yang dipengerusi oleh Anwar.

Perbalahan kedua-dua pemimpin itu dipercayai berkaitan dengan video seks yang didakwa membabitkan Azmin dengan penyokongnya mendakwa Anwar sebagai dalang di sebaliknya. Anwar walau bagaimanapun telah menafikan sebarang peranan dalam video itu.

Utusan juga melaporkan Abdul Hadi mengakui penolakan PAS terhadap Anwar sebagai perdana menteri adalah atas faktor kurang yakin dengan ketokohan pemimpin itu.

“Bagaimanapun terpulanglah kepada dia (Anwar), cita-cita dia (jadi perdana menteri) tak apalah.

“Dia dengan dia manakala kita pula dengan pendirian kita agar Tun (Dr Mahathir) terus pegang jawatan (PM) sampai habis penggal,” katanya.

Terpalit masalah peribadi

Pemimpin PAS itu berkata demikian ketika diminta mengulas keyakinan Anwar sewaktu diwawancara Bloomberg kelmarin bahawa beliau optimis bakal menjadi perdana menteri Malaysia kelapan, tahun depan.

Abdul Hadi juga dipetik sebagai berkata, Dr Mahathir adalah pemimpin paling layak menggalas tanggungjawab itu dan bukannya diserahkan kepada mereka yang terpalit dengan masalah peribadi.

“Bukan pemimpin yang ada masalah peribadi, dengan sebab itulah pada kita biarlah Tun (Dr Mahathir) pimpin lagi (jadi perdana menteri).

“Biar beliau sendiri kendalikan urusan ini dan perlu seorang PM yang boleh diterima majoriti ahli parlimen,” kata Abdul Hadi.

Untuk rekod, Anwar pernah menghabiskan hampir satu dekad di penjara selepas didapati bersalah dalam kes liwat dan tuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya pada tahun 1998 dan sekali lagi pada tahun 2014.

Beliau sentiasa menegaskan dirinya tidak bersalah dan pendakwaan terhadapnya bermotifkan politik.

Anwar menerima pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum Mei tahun lepas.

Mengikut konsensus dalam PH sebelum PRU14, Dr Mahathir akan menyerahkan teraju kepimpinan negara kepada Anwar. Namun tiada tempoh masa khusus dinyatakan.

Mkini



One thought on “PAS tetap tolak Anwar jadi PM, kata Hadi

  • September 25, 2019 at 11:18 am
    Permalink

    Jd lh pm yg bmaruah..yg d trm semua raayat..bkn mjd pm atas desakn gulongan yg mpunyai kpentingan peribadi atau kpentingan party….pm harus yg d lihat bersih bkn yg ada video sex dgn china doll dn 2x d penjarakn atas kslahan liwat atau main jubur.. mngaku xbsalah ttp pgampunan agung atas dasar apa?klu xbsalah tiada apa yg agung harus ampunkn…barua dn pjilat sprti geng otaik sj yg cuba mnafikn.. mejority raayat tau siapa c banduan liwat yg bcita²ingin mjd pm ke 8…smoga tun mjd pm hgga tamat spggal…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *