Kamera pada badan elak salah laku penguatkuasa – Dr. Mahathir

Share


mahathirKerajaan bersetuju melaksanakan penggunaan kamera badan pada pegawai penguat kuasa seperti polis, imigresen dan kastam bagi menangani kes salah laku pegawai, kata Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, syor penggunaan kamera badan itu dipersetujui memandangkan terdapat pelbagai dakwaan salah laku pegawai semasa bertugas seperti memukul orang yang disiasat.

“Pegawai akan pasang kamera di badan dia dan apabila dia bercakap atau orang bercakap boleh rekod. Kita boleh lihat apa yang dilakukan oleh pegawai ke atas pelanggan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR), di sini hari ini.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, tarikh pelaksanaannya belum diputuskan memandangkan ia melibatkan kos kepada kerajaan. -BERNAMA



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *