Siapa Bocor Surat PM Berikan Projek ‘Direct Nego’ RM450 Juta?

Share


SUSULAN viral sepucuk surat tertera tulisan Dr Mahathir yang memberikan sebuah projek bernilai RM450 juta, timbul pula persoalan siapa yang cuba mensabotaj Tun Dr Mahathir daripada dalam kementerian kewangan?

Surat tersebut ditandatangani pegawai Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan.

Manakala, sepucuk lagi surat daripada syarikat berkenaan, syarikat terbabit mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir atas sokongsan dan kelulusan kepada projek itu.

Manakala tulisan tangan Tun Dr Mahathir di atas surat tersebut pula disertakan bersama cop Perdana Menteri Malaysia yang bertarikh 4 Mac 2019.

Buat masa sekarang, belum ada siapa-siapa yang menyangkal surat itu palsu, mahupun ianya ‘fake news’.

Maka, timbul pula soalan-soalan daripada kem Mahathir tentang, siapakah di Kementerian Kewangan yang mahu mengkantoikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad?

Perlu diingat Dap bukan sahaja mempunyai Lim Guan Eng di kementerian tersebut malah, Tony Pua dan juga Ong Kian Ming juga ditempatkan secara strategik di kementerian tersebut. – umno-kedah.com



One thought on “Siapa Bocor Surat PM Berikan Projek ‘Direct Nego’ RM450 Juta?

  • September 19, 2019 at 12:15 am
    Permalink

    mesti ada sebab kenapa atok 95 tahun & menteri kewayangan beri kontrak itu secara direct nego, antara sebabnya ialah:

    1. sebab tokey syarikat itu kenalan tok pa & berjanji nak beri dana pada ppbm & pakatan hancing(ph) sebagai kickback

    oklah kalau sebabnya itu bersangka tak baik, diharap sebab ke 2 dibawah ini adalah bersangka baik

    2. sebab takde dalam negara apatah lagi di negeri Kelantan syarikat yang mampu bina bangunan gunasama persekutuan itu…agaknya bangunan itu terlalu unik untuk dibina, hanya syarikat berkenaan sahaja reti bina

    pssssssttt, ini ada cerita baik punya….

    walaupun dikatakan telah menjual peratusan tertentu pegangan sahamnya dalam opcom, ada orang ppbm beritahu aku bahawa boboi tetap dapat untung besar bila saham opcom melonjak naik tinggi selepas kerajaan umum RM21.6 bilion untuk NFCP…boboi jual sahamnya itu pada nominee untuk pertukaran nama pemilik saham sahaja…nominee itu tak bayar apa pun bila saham itu dijual kepadanya, dia cuma jaga & kira keuntungan saham yang melonjak naik tinggi itu dimana peratusan kecil keuntungan saham itu adalah untuknya(sebagai upah menjaga saham) & peratusan besar keuntungan adalah untuk boboi

    boboi jual peratusan tertentu sahamnya dalam opcom sebelum kerajaan umum RM21.6 bilion untuk NFCP itu sebab dia nak beri gambaran kepada rakyat kononnya dia takde conflict of interest, berlaku kronisme atau nepotisme…dengan erti kata lain bukan sebab daddykasi tapi sebab dedikasi boboi(apatah lagi adik-beradiknya yang lain) seorang usahawan yang berdikari & berjaya tak pernah minta tolong daddy yang menjadi sekali lagi seorang PM sebuah kerajaan

    Mula-mula projek perintis Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara(NFCP) diumumkan dengan bajet RM1 bilion oleh Kerajaan PH tahun lepas

    Namun apabila ianya diluluskan oleh kabinet minggu lepas, kos projek tiba-tiba menjadi RM21.6 bilion dan semuanya akan dibelanjakan sebelum PRU15.

    Selepas nilai RM21.6 bilion itu diumumkan telah diluluskan oleh kerajaan PH pada 28 Ogos 2019, harga saham Telekom Malaysia terus menjunam kerana pelabur bimbang bahawa TM akan dipaksa untuk menanggung bahagian besar dari kos tersebut.

    29 Ogos 2019: Telekom Malaysia down 9.6%; why are investors selling the shares?
    https://www.theedgemarkets.com/…/telekom-malaysia-down-96-w…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *