Rakyat terancam, Teresa Kok pertahan 4 syarikat termasuk suami Menteri DAP punca jerebu

Jerebu mengundang bahaya. Perang mulut Indonesia- Malaysia mendedahkan 4 syarikat termasuk syarikat milik suami menteri penyebab jerebu. Bagaimanapun Teresa pertahan Menteri DAP dan suaminya itu dan berkata dakwaan Indonesia tak masuk akal.

KUALA LUMPUR: Selepas Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia Siti Nurbaya Bakar menamakan empat syarikat Malaysia termasuk syarikat suami Menteri DAP Yeo Bee Yin Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Teresa Kok Menteri Industri Utama tampil ke depan membela sahabat baiknya itu.

Teresa berkata tuduhan Indonesia syarikat kepala sawit Malaysia menyebabkan kebakaran hutan di republik itu disifatkan amat serius dan tidak masuk akal.

Teresa mempertahankan 4 syarikat itu dan berkata empat syarikat Malaysia yang dinamakan republik itu antara syarikat penanaman kelapa sawit paling dihormati dan mengamalkan amalan penanaman yang lestari.

“Saya bimbang dengan kenyataan daripada pihak berkuasa Indonesia yang menyita ladang anak syarikat milik empat syarikat kelapa sawit utama negara kerana dikatakan sebagai punca berlakunya kebakaran.

“Empat syarikat terbabit adalah syarikat paling dihormati dan mereka mengamalkan penanaman lestari yang disahkan melalui pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan

Kok berkata, pihaknya sudah menghubungi empat syarikat berkenaan dan mereka turut memaklumkan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi memperbetulkan dakwaan terbabit.

Yeo Bee Yin Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebelum ini bertegas dan lantang bersuara membidas Kerajaan Indonesia dan rakan sejawatnya Siti Nurbaya Bakar. Namun selepas Nurbaya mendedahkan 4 syarikat termasuk syarikat suami Menteri, Yeo Bee Yin dan kelu hanya mampu berkata terpulang kepada siasatan Indonesia.

Tugas mempertahan Yeo Bee Yin dan suaminya Lee Yow Seng CEO IOI itu sekarang digalas oleh Teresa Kok.

Teresa bimbang

Katanya, beliau bimbang jika tuduhan terbabit digunakan aktivis anti-kelapa sawit yang boleh menjejaskan Indonesia dan Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit utama.

“Saya tidak dapat memberi ulasan terhadap siasatan dan laporan dari Indonesia sehingga saya mendapat akses kepada laporan siasatan.

“Saya juga akan berbincang dengan rakan sejawat saya dari Indonesia dan berharap dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat dan mesra,” katanya.

Indonesia sebelum ini menuding jari kepada empat syarikat Malaysia kerana menjadi punca kebakaran hutan di republik berkenaan hingga mengakibatkan jerebu.

Empat syarikat itu ialah IOI Corporation, Sime Darby Plantation Bhd, TDM Bhd dan Kuala Lumpur Kepong Bhd

[http://sabahkini2.com/en/news/2227/rakyat-terancam-teresa-kok-pertahan-4-syarikat-termasuk-suami-menteri-dap-punca-jerebu/view]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker