Lagi aset akan dijual : Giliran BHP Petrol pula.

Share


Media melaporkan bahawa syarikat Boustead milik LTAT bersama LTAT sedang menjual BHP Petrol dengan harga RM1.3 bilion.

Perniagaan ini dibeli oleh Boustead dan LTAT dari syarikat Inggeris British Petroleum (BP) pada tahun 2005.

BP dijenamakan semula menjadi BHP dan sudah melebihi 400 stesen dalam rangkaiannya hari ini.

Anggota tentera yang telah bersara diberi keutamaan jika mereka mahu menceburi diri dalam perniagaan ini dan ramai telah menjadi operator stesen petrol BHP.

Kini BHP sedang dijual oleh LTAT di bawah kerajaan PH kepada ahli perniagaan swasta.

Walaupun sudah nak sampai bulan Oktober, LTAT masih belum mengumumkan dividen tahun 2018.

Tapi bisness-bisness LTAT seperti Hotel Royale Chulan dan BHP dijual pula.

#PenjualanBelumSelesai

https://www.theedgemarkets.com/…/newsbreak-boustead-holding…

sumber FB Najib Razak



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *