Kerajaan Dan Jerebu

oleh Ab Jalil Backer

Hari ini ada sekolah di buka dan ada yang ditutup akibat jerebu.

Anehnya ada sekolah berdekatan tidak sampai 5KM mempunyai pendekatan berbeza. Ada yang buka dan ada yang ditutup.

Contohnya sehingga jam 12 malam tadi, SJKT Kinrara ditutup tetapi SK Kinrara 1 tiada dalam senarai penutupan. Ada banyak lagi tempat berlaku perkara yang sama.

Lebih pelik tiada pengumuman sekolah ditutup di Kuala Lumpur sedangkan indeks pencemaran udara di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur sama sahaja.

Mustahil Menteri dan Timbalan dan tidak boleh berfikir secara rasional, mengambil inisiatif meneliti keadaan jerebu di Lembah Klang dan membuat keputusan.

Oh mungkin menteri dan timbalan sedang pening dengan isu penyatuan ummah.

Jalan mudah Menteri ialah melepaskan tanggungjawab kepada Pengarah Pendidikan Negeri. Lebih baik Pengarah Pendidikan Negeri menjadi Menteri.

Jadi apa yang boleh diharapkan kepada kerajaan dalam hal-hal yang lebih besar dan rumit jika menguruskan hal penutupan sekolah akibat jerebu pun tidak efektif?

????

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker