Ekonomi Mahathir Jual Yang Untung, Beli Yang Tak Laku

oleh Ab Jalil Backer

1. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menyatakan kerana Khazanah Nasional telah menyimpang dari perniagaan teras (core business). Mahathir kemudian menegaskan teras perniagaan Khazanah Nasional hanyalah membeli saham-saham yang tidak laku.

2. Nampaknya tidak lama lagi kita akan nampak lebih banyak aset-aset khazanah akan dijual. Apakah penjualan-penjualan ini berkaitan dengan pihak-pihak yang membantu PH sebelum pilihan raya?

3. Kenyataan Mahathir ini juga menunjukkan hasrat kerajaan untuk melakukan “bail out” dan menyelamatkan syarikat-syarikat bermasalah menggunakan dana negara.

4. Sepanjang 10 tahun lalu Khazanah Nasional mencatatkan kejayaan memberangsang sama ada dari segi keuntungan mahu pun pegangan dalam industri strtategik negara.

5. Malangnya selepas diambil alih oleh Pakatan Harapan, prestasi Khazanah merudum dan banyak pegangan strategik yang menguntungkan telah dijual.

6. Nilai Bersih Dilaraskan (NWA) Khazanah telah merosot kepada RM91 bilion pada 31 Disember 2018, penurunan 21.6 peratus daripada RM116 bilion dicatatkan pada 31 Disember 2017.

7. Nilai Aset Boleh Tunai (RAV) juga menurun kepada RM136 bilion daripada RM157 bilion dalam tempoh sama.

8. Khazanah juga mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM6.271 bilion pada 2018, berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM2.896 bilion pada tahun 2017.

9. Saya fikir banyak rakyat tidak akan bersetuju dengan pendangan Dr Mahathir kerana Khazanah Nasional adalah “sovereign wealth fund of the Government of Malaysia”; yang diberi mandat menguruskan sebahagian dana negara bagi melabur dalam industri strategik dan mendapatkan keuntungan.

10. Keuntungan ini membolehkan kerajaan melakukan perbelanjaan kebajikan kepada rakyat dan Khazanah melabur dalam bidang ekonomi tempatan baharu (start up business) yang berpotensi dikembangkan tetapi kekurangan modal.

11. Saya fikir elok sesiapa menasihati Tun Mahathir supaya berhenti membuat keputusan tidak masuk akal.

12. Pemikiran ekonomi beliau sudah ketinggalan 30 tahun, berdoa sahajalah negara ini tidak lingkup menjelang 4 tahun lagi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker