Muafakat Nasional permulaan melangkah jauh

Piagam kerjasama yang ditandatangani UMNO dan Pas semalam merupakan satu permulaan rasmi kedua-dua parti berkenaan untuk melangkah lebih jauh.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, piagam dikenali sebagai Muafakat Nasional itu bakal membela umat Melayu Islam, Bumiputera dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Tambah beliau, ia bagi menghadapi suasana cabaran yang cukup getir ketika ini.

“Apa yang berlaku hari ini (semalam) di Dewan Merdeka (Pusat Dagangan Dunia Putra) adalah permulaan secara rasmi untuk melangkah lebih jauh.

“Dalam keadaan kerajaan hari ini yang dengan jelas tidak memberi pembelaan sewajarnya kepada orang Islam dan rakyat secara keseluruhannya maka Muafakat Nasional akan menjadi harapan kepada semua rakyat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian seperti dipetik portal UMNO Online dalam

Wacana Himpunan Penyatuan Ummah yang bertajuk ‘Piagam Muafakat Nasional’ malam tadi.

Tambah Shamsul, Muafakat Nasional bukan sahaja satu harapan baharu kepada orang Melayu Islam tetapi juga semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

Jelas beliau, ia juga akan mengemukakan apa yang lebih baik daripada kerajaan hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pad Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, apa yang berlaku semalam adalah diimpikan oleh semua umat Islam.

“Saya sendiri mengalir air mata..sebak bukan kerana merasakan boleh menjatuhkan kerajaan yang zalim tetapi persaudaraan selama ini terpisah bertaut kembali.

“Bila umat Islam dari dua parti terbesar boleh berbincang sedangkan dulu tidak boleh bertindan bayang..kalau berjumpa nak bergaduh tapi hari ini boleh berada dalam satu dewan berbincang bersama, “ katanya.

Menurutnya, kerjasama UMNO dan Pas adalah satu rahmat yang amat besar maka beliau melihat walaupun sebelum ini banyak sejarah yang berlaku antara kedua-dua parti tapi tapi semalambermula satu sejarah baru iaitu persaudaraan dipertautkan semula dan yang dijanjikan adalah kebangkitan umat Islam ketika ini jelas dilihat umat Islam berasa tertekan dengan pelbagai isu. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker