Jual sajalah, kan Menteri Kewayangan perlukan wang – Najib

Share


Jual sajalah.

Kan Menteri Kewayangan perlukan wang?

Khazanah memiliki 51% kepentingan dalam satu lebuhraya tol di Jakarta.

Lebuhraya itu mula dibina pada tahun 2013 dan siap pada tahun 2015.

Sekarang, syarikat Indonesia bersama pelabur negara Kanada mahu beli kepentingan 51% itu dari Khazanah dengan harga RM2.08 bilion.

Tapi saya memang pelik.

Bagaimana pulak kerajaan BN dahulu yang kononnya menjual negara dan dituduh menjadikan Malaysia semakin bankrap mampu membina begitu banyak aset negara – termasuk aset-aset asing bernilai ratusan bilion untuk PH jual?

Nilai aset bersih (iaitu selepas ditolak hutang) Khazanah naik dari RM33.7 bilion pada tahun 2008 ke RM115.6 bilion pada akhir tahun 2017 iaitu dalam tempoh saya PM.

(Nilai aset Khazanah tak naik banyak pada masa PM ke-4 kerana Khazanah sering digunakan untuk bail-out syarikat-syarikat kroni yang mengalami kerugian besar).

Ini adalah kadar kenaikan nilai 14.7 % setiap tahun atau compound annual growth.

Jika kadar pulangan ini berterusan untuk 25 tahun lagi, nilai aset Khazanah akan naik menjadi RM3.56 trilion.

Tapi jika aset RM115.6 bilion ini semua dijual untuk bayar hutang pada kadar 4% setahun atau dibelanjakan oleh kerajaan PH sekarang, ianya hanya boleh jimatkan faedah hutang sebanyak RM104.5 bilion sahaja dalam tempoh 25 tahun akan datang.

Tapi saya tak pasti Menteri PH tahu beza antara RM3.56 trilion dengan RM104.5 bilion.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *