#HPU914 : Saya paling gembira – Abdul Hadi

Share


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap dirinya sebagai individu paling gembira apabila program Himpunan Penyatuan Ummah berjaya dilaksanakan dan piagam bersama antara UMNO dan Pas berjaya dimeterai.

Berkongsi perasaan, menurut Abdul Hadi berucap di Dewan Merdeka, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini adalah tidak seperti kebiasaan dalam ucapan-ucapan beliau sebelum ini.

“Sudah tentulah paling gembira kerana selama ini saya berucap dalam kalangan penonton dan dipenuhi oleh orang-orang Pas tetapi hari ini bercampur antara Pas dan UMNO.

“Bukan ahli Pas dan UMNO sahaja, tetapi semua pihak, termasuk dalam kalangan ilmuan, tokoh masyarakat dan pesara-pesara,” katanya dalam sidang akhbar Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, Himpunan Penyatuan Ummah yang ditunjangi oleh UMNO dan Pas dan julung kali diadakan, disifatkan sebagai program yang sangat bersejarah dalam usaha mengembalikan keadaan negara kepada asas yang betul.- UTUSAN ONLINE.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *