Soalan untuk Rafizi : Dalam PH pula siapa suami, siapa isteri – Najib

Share


Selepas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempertikai status ‘jantina’ antara UMNO dan Pas kerana akan ‘dikahwinkan’ esok, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula tampil dengan dua persoalan.

Bekas Presiden UMNO itu dengan sinis bertanya kepada Rafizi berhubung adakah kepimpinan PKR mengetahui akan beza suami dan isteri.

Persoalan kedua pula, beliau bertanya antara DAP, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), siapa pula yang bertindak sebagai suami ataupun isteri.

“Saya ada dua soalan buat Rafizi, orang PKR tahu beza suami dengan isteri tak? Antara DAP, PKR dan Bersatu, siapa suami dan siapa isteri,” soalannya menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu Rafizi turut meramal kerjasama ummah antara UMNO dan Pas tidak akan bertahan dalam tempoh yang lama meskipun diperkuat menerusi Himpunan Penyatuan Ummah.

Sementara itu, Najib turut menyindir Parti Amanah Negara (Amanah) tidak perlu dipertikai kerana ramai percaya hubungan mereka lebih kepada bapa dan anak. – UTUSAN ONLINE



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *