Pengadu gagal kenal pasti saya, kata Setpol Anwar

Setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mendakwa pengadu dalam kes rusuhan di Ampang baru-baru ini gagal mengenalpastinya sebagai salah seorang yang terlibat sewaktu sesi pengecaman.

Farhash berkata demikian dalam kenyataan selepas dibebaskan dengan jaminan polis pada lebih kurang 5 petang tadi.

Polis mencari Farhash sejak beberapa hari lalu susulan pergaduhan melibatkan belasan orang di sebuah kompleks sukan di Taman Dagang Permai pada 31 Ogos.

Beliau menyerah diri kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada 10 pagi tadi.

“Saya telah ke balai polis untuk memberikan keterangan sebaik sahaja saya pulang dari aktiviti menyelam,” katanya.

Siasatan menyaksikan 5 orang ditangkap, berusia antara 22 dan 38, termasuk pengadu untuk disoal. Walaupun pengadu menarik balik laporan polis dibuatnya pada 5 September, polis masih mahu mengambil keterangan Farhash.

Pegawai kepada presiden PKR itu sebelum ini berkata laporan sebenarnya dibuat terhadap adiknya.

“Saya telah memberikan kerjasama penuh kepada polis dan dimaklumkan pengadu telah menarik balik laporan terhadap adik saya serta menafikan penglibatan saya dalam kes ini,” katanya.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker