Hapus skim pencen bakal mengundang ancaman kepada keselamatan nasional

Share


Meor Mohd Hilmi Meor Zainun

Pengumuman Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah bahawa skim pencen untuk kakitangan awam akan dihentikan dan penjawatan secara kontrak pada tahun 2020, bakal mengundang ancaman kepada keselamatan nasional. Isu ini bukan sekadar menjadi pengkhianatan kepada penjawat awam malah ianya bakal mengundang ancaman kepada keselamatan nasional.

Kerajaan juga dilihat lemah dalam tadbir urus negara hingga tiada lagi jaminan yang baik bagi bakal penjawat awam yang akan dikerah sepenuhnya menjaga kepentingan negara melebihi kepentingan diri sendiri.

Antara kesan dalam menghapuskan skim pencen penjawat awam dengan mengambil pekerja baharu secara kontrak bakal mengundang kepada masalah pendedahan dokumen dan data kerajaan yang termaktub dibawah akta Rahsia Rasmi kerana akses, kebolehcapaian diantara kakitangan awam tetap dan Kontrak adalah sama.

Secara tidak langsung dokumen dan data kerajaan berdepan dengan risiko seperti ketirisan, rasuah dan penjualan maklumat kepada musuh negara sekaligus bakal mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

Dokumen, data, dan penjawatan awam di dalam badan-badan serta agensi-agensi kerajaan adalah terikat dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Seksyen 2 Tafsiran Penjawat Awam kurungan B)

Pengawalan pengawasan (Surveillance Control) terhadap dokumen rasmi negara, dokumen rahsia negara, serta dokumen berprofil tinggi menjadi sukar dan mustahil untuk diawasi. Ianya menjadi terlambat untuk dibendung atau dihalang sekiranya dokumen dan data kerajaan tersebut disalahgunakan.

Penamatan pengambilan jawatan tetap dan penghapusan skim pencen ini benar-benar memperlihatkan ketidak adilan kerajaan kepada penjawat awam.

Ini kerana pekerja-pekerja baharu yang bakal dilantik secara kontrak itu pasti majoriti dari kumpulan anak muda dan graduan baharu, mereka akan dipergunakan sepenuhnya bagi mendukung misi visi kerajaan tetapi ibarat menjadi balaci bagi mendokong aspirasi kerajaan tetapi tiada pulangan setimpal bagi segala usaha dan kerja keras mereka. Malah memeperlihatkan kerajaan tidak ambil peduli dan menghargai penjawat awam yang melaksanakan kerja bagi pihak kerajaan.

Selain itu ia juga memperlihatkan kerajaan memerintah sangat lemah dan tidak stabil. Wira Putra mencadangkan dalah lebih baik kepimpinan yang memimpin sama ada diperingkat menteri mahupun ketua-ketua pengarah yang berkenaan melepaskan jawatan secara terhormat atau akan menerima penghinaan dan cemuhan masyarakat hingga akhir hayat.

Alasan ingin mengurangkan kos ditanggung bagi semua penerima pencen kerajaan jelas menunjukkan kerajaan hari ini langsung tidak menghargai penjawat awam dan kelihatan pentingkan diri sendiri. Ia juga dilihat sebagai jalan pintas bagi kerajaan untuk sewenangnya mengurangkan penjawat awam pada masa akan datang dan semestinya kaum majoriti yang menjadi penjawat awam adalah orang Melayu dan bumiputera.

Oleh itu, tiada jaminan bagi seseorang graduan atau anak muda akan datang bagi bekerja dalam sektor kerajaan lagi. Kerajaan hari ini seperti ingin mempamerkan keburukan pemerintahannya dengan cubaan untuk menjadikan orang Melayu dan bumiputera merempat di negara sendiri. Ia adalah sangat tidak bertanggungjawab dan sebaiknya diganti sahaja pada PRU yang ke-15 akan datang.

Pergerakan Wira Putra Malaysia membantah sekeras-kerasnya dalam Penghapusan atau penamatan Skim Pencen dan pengambilan jawatan tetap dalam perkhidmatan awam kerajaan persekutuan.

Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dalam menjaga kebajikan dan membalas budi rakyat yang telah menabur bakti begitu lama dalam sektor awam sama ada pesara ataupun yang sedang dalam perkhidmatan dan kita sedia maklum mereka terikat dengan pekeliling penjawatan awam yang menyatakan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi.

Utusan



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *