Nabila Huda selar VIP buang puntung rokok merata-rata

Pelakon, Nabila Huda meluahkan rasa kesal terhadap individu bergelar VIP yang mengakibatkan bilik rokok sebuah dewan konsert terkenal di Kuala Lumpur, Zepp KL ditutup gara-gara tindakannya merokok dan membuang puntung merata-rata.

Nabila yang mesra disapa Abil menerusi hantaran di platform X, menyifatkan tindakan individu berkenaan sebagai tiada kesedaran sivik dan tidak bertanggungjawab.

“Zepp ini dulu paling best sebab dia sediakan smoking room untuk semua! Memang tip topla sebab dia well planned dah dengan tempat dia.

“Tetapi disebabkan VIP bodoh yang bayar (bilik) dekat box ini pergi merokok dalam bilik, buang (puntung rokok) dekat carpet terus smoking room tutup!  Bodoh tak ada civic,” tulisnya.

Zepp KL pernah menjadi lokasi penganjuran konsert artis tempatan dan antarabangsa termasuk kumpulan Slam, Lenka, Simple Plan, Rossa dan ramai lagi.

Abil, dalam perkongsian berlainan di platform sama mengulangi teguran terhadap tindakan dangkal individu terbabit yang secara tidak langsung menyusahkan pengunjung di dewan berkenaan.

“Inilah manusia, orang bagi kemudahan, kau bodoh tak tahu gunakan dengan betul. Bila tak ada kemudahan, kau memekak.

“Bila saman kau marah. Tapi sebenarnya diri kau sendiri yang bodoh,” tulisnya lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker