SetPol Anwar dakwa pengadu cuba merogol isterinya 2 tahun yang lepas.

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak

Pengadu cuba rogol isteri saya, SetPol Anwar jawab kes rusuhan

Setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang dipanggil polis dalam siasatan kes rusuhan di kompleks sukan di Ampang tampil memberi penjelasan berhubung insiden yang berlaku pada 31 Ogos itu.

“Saya ingin maklumkan yang pengadu cuba merogol dan mencabul kehormatan isteri saya 2 tahun lalu dan beliau juga pernah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas cubaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Farhash juga berkata laporan polis yang dibuat adalah ke atas adiknya.



“Namun saya sedia untuk memberi kerjasama sekiranya perlu,” katanya.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat berkata seorang lelaki membuat laporan polis selepas dia mengalami kecederaan koyak di bahagian tisu pinggang, luka di bahagian anggota badan dan sakit di bahagian kemaluan selepas diserang oleh 12 ke 14 individu.

Fadzil berkata kejadian bermula apabila suspek terserempak dengan lelaki terbabit dan terus menolak mukanya.

“Seterusnya berlaku kekecohan dan pihak pengurusan kompleks meminta pengadu dan suspek beredar dari kawasan itu.



“Pengadu pergi ke tempat letak motosikal di luar komplek sukan tersebut dan seterusnya sekumpulan 10 orang datang menyerang. Pengadu diserang dengan topi keledar, pisau dan kerusi,” kata Fadzil.

Terdahulu, Farhash ketika dihubungi menafikan satu mesej tular mendakwa dia ditahan polis berhubung satu kes pergaduhan di Ampang.

“Palsu, bukan saya. Ini adalah tohmahan,” katanya.

FMT



 

https://mykmu.net/2018/05/15/belum-ada-kes-untuk-dakwa-najib/

https://mykmu.net/2017/06/29/mahathir-panik-pengadu-doj-bakal-ditangkap/

Dakwaan Cabul Doktor Pelatih, Siapa Tokoh Aktivis Berkenaan?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker