Kelebihan surah Al-Fatihah

Share


SURAH al-Fatihah yang juga dikenali sebagai ummul kitab memiliki banyak kelebihan jika diamalkan dalam kehidupan seharian.

Surah yang mengandungi tujuh ayat itu merupakan antara ayat yang mudah dihafal walaupun oleh kanak-kanak, malah merupakan satu daripada 13 rukun solat.

Menurut pendakwah terkenal, Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali sebagai PU Amin berkongsi rahsia Surah al-Fatihah dalam mencapai hajat dan impian.

Menurutnya, jika mempunyai hajat besar maka disaran untuk membaca surah al-Fatihah sebanyak 41 kali selepas solat Maghrib.

Dia yang memetik kata-kata Syeikh Mahyuddin Al-Arabi berkongsi agar umat Islam diminta tidak bergerak dari tempat duduk sehingga selesai membaca Surah al-Fatihah sebanyak 41 kali dan kemudian memohon hajat.

“Kita semua ada hajat dan impian yang belum tertunai, adakalanya buntu dan putus asa untuk meminta daripada Allah SWT.

“Janganlah begitu, banyak perkara yang diajar oleh para ulama. Cuba. Insya-Allah pasti menemui jawapan. Allah maha mendengar. Allah suka hambanya yang suka meminta doa kepadanya,” katanya seperti dipetik dalam laman Instagramnya.

Utusan



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *