Kitingan gesa SPRM perlu adil siasat kes rasuah Risda, Shafie, Peter, Michael P Ubu

Share


Selepas Naib Presiden Parti Angkatan Perpaduan Sabah (APS), Paul Kadau kini Datuk Jeffrey Kitingan pula menggesa kes rasuah Shafie, Risda, Peter dan Michael Ubu disiasat semula.

KOTA KINABALU: Dalam sibuk Latheefa Koya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu membuka kes lama selain kes Sarawak Datuk Jeffrey Kitingan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menggesa siasatan kes Risda perlu dibuka semula.

Kata Jeffrey SPRM perlu bertindak adil dalam siasatan kes rasuah, jika ia membabitkan pemimpin Pakatan Harapan atau sekutu mereka.

Beliau berharap antara kes yang disemak semula itu ialah kes rasuah membabitkan Ketua Menteri, Shafie Apdal yang disoal siasat SPRM pada 2017, setahun sebelum beliau dilantik menerajui Sabah selepas menang dalam pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018.

“Untuk mengabaikan kes ini hanya kerana orang terbabit ialah sekutu kerajaan persekutuan sekarang adalah tidak adil dan keseluruhan proses itu hanyalah sandiwara jika ia bertujuan menekan pembangkang.”

SPRM juga katanya perlu membuka semula siasatan ke atas jualan tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang bernilai RM155 juta.

Peguam kes itu Michael Persius Ubu Naib Presiden KDM dilaporkan hilang hingga kini dan tidak dapat dikesan. Hanya Naib Presiden Warisan, Peter Anthony yang ditahan berhubung kes itu. Anthony direman 3 hari, tetapi kes itu tidak diteruskan selepas SPRM gagal mengesan Ubu.

Rakyat mahu melihat kejujuran SPRM. Jika dalam kes 1MDB SPRM memburu Nik Faisal dan Jho Low mengapa tidak Michael Persius Ubu diburu sedemikian rupa.

Michael Persius Ubu perlu membuktikan dirinya tidak bersalah bukan melarikan diri. Jika benar Michael Persius Ubu dan Peter Anthony tidak bersalah beliau sepatutnya hadir siasatan dan bersedia untuk didakwa.

Julai lalu Naib Presiden Parti Angkatan Perpaduan Sabah (APS), Paul Kadau menggesa Peguam Michael P Ubu yang hilang kerana kes rasuah tanah Risda diburu seperti Jho Low.

Menurut Paul Kadau setakat ini kes itu belum ditutup.

“Orang Sabah tidak sabar melihat keputusan akhir siasatan terhadap mereka yang cuba menjual tanah itu, yang berstatus tanah orang asal,” katanya

Portal Sabahkini2 antara portal yang paling banyak membongkar mengenai Skandal KKLW dan Risda melibatkan Datuk Peter Anthony dan juga Michael Persius Ubu. Laporan tu boleh dibaca dalam artikel terkumpul Sabahkini2.com

Jeffery mempersoalkan mengapa hanya bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman, Datuk Bung Moktar Radin yang didakwa di mahkamah atas dakwaan rasuah. Malah dirinnya disiasat SPRM sejurus selepas Warisan mengambil alih kepimpinan di Sabah pada 2018 atas  beliau menerima RM20 juta untuk memihak Barisan Nasional selepas berlaku Dewan Undangan Negeri tergantung.

 

[http://sabahkini2.com/en/news/2184/kitingan-gesa-sprm-perlu-adil-siasat-kes-rasuah-risda-shafie-peter-michael-p-ubu/view]



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *