RMT atau Sarapan Untuk Semua?

Share

Oleh Ab Jalil Backer

Pengumuman Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bahawa kerajaan akan menyediakan program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara bermula Januari 2020 sangat mengelirukan dan mencerminkan kelemahan urus tadbir kerajaan.

Pada 2019 Kerajaan memotong peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sehingga menyebabkan sebahagian pelajar dari keluarga miskin terkeluar dari senarai penerima.


Setelah sebahagian pelajar miskin berlapar setahun kini Maszlee mahu beri kepada semua pelajar tanpa mengira kemampuan.

Alasan yang diberikan ketika itu ialah kerajaan mempunyai beban kewangan yang tinggi.

Pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan mempertimbangkan bon Samurai kedua menunjukkan kewangan negara tidak pernah pulih lagi.


Justeru kita tertanya-tanya atas pertimbangan apa Maszlee membuat keputusan ini?

Apakah keputusan ini telah mendapat kelulusan kewangan memandangkan Bajet 2020 belum dibentangkan.

Berapakah kos penyediaan ini?


Jangan salah faham. Rakyat mengalu-alukan cadangan ini jika kerajaan mampu menyediakan sarapan berkualiti kepada pelajar.

Kekhuatiran kita ialah kualiti sarapan akan merosot berbanding RMT kerana tidak mungkin kerajaan dapat memberi peruntukan yang lebih besar kepada Kementerian Pendidikan.

Memberi sarapan kepada semua pelajar juga akan merugikan sumber kewangan kerajaan.

Sebahagian pelajar berkemampuan mendapat sarapan yang lebih baik di rumah tidak akan makan di sekolah. Namun kerajaan tetap membayar kepada pembekal makanan.

Sebenarnya program RMT telah dirumus dan dilaksanakan dengan kebijaksanaan dan niat baik pentadbir pendidikan bagi memberi makanan berkhasiat kepada pelajar miskin.

Maszlee hanya perlu memperbaiki dan menambah bilangan penerima jika ada bajet yang lebih. Tidak semestinya yang lama semuanya tidak baik pada masa sekarang.

One thought on “RMT atau Sarapan Untuk Semua?

  • August 27, 2019 at 20:29
    Permalink

    Hairan dengan kerajaan sekarang ini. Peruntukan yang baik yang sedia ada di batalkan.
    Kemudian nak tunjuk baik dengan membuat cadangan yang merugikan.
    Tak buat homework ke?

    Reply

Leave a Reply