Piagam muafakat UMNO dan Pas akan ditandatangani pada 14 September 2019

AKHIRNYA piagam muafakat UMNO dan Pas akan ditandatangani pada 14 September ini, sekaligus bakal mencatatkan sejarah politik negara yang menyaksikan dua parti terbesar orang Melayu bekerjasama. Seperti diduga, ramai yang sudah ‘kepanasan’ apabila mengetahui kerjasama itu sudah dimuktamadkan khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15.

Oleh itu, Awang menasihatkan pemimpin, ahli dan penyokong kedua-dua parti agar berhati-hati kerana usaha untuk menggagalkannya pasti berterusan selagi majlis menandatangani piagam tersebut belum berlangsung.

Setakat ini Awang dapat menyaksikan bagaimana pemimpin dan ahli UMNO serta Pas sudah ada titik persefahaman. Ada yang sampai ke tahap bersedia menyerahkan kawasan bagi memberi laluan antara satu sama lain bertanding dalam pilihan raya.

Alhamdulillah, kesepakatan ini perlu dikekalkan, tetapi berhati-hatilah kerana pihak yang kepanasan tidak akan duduk diam. Mereka juga akan mengatur strategi untuk memastikannya tidak menjadi kenyataan.

Apapun Awang yakin jika semua pemimpin dan ahli kedua-dua parti istiqamah dan teguh mempertahankan hasrat bersatu demi kepentingan orang Melayu dan Islam, datanglah ‘syaitan’ sebesar mana pun, penyatuan ummah tidak akan tergugat.

AWANG – Syukur dan berdoa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker