Kondo dah nak siap, terowong masih tiada – Najib

Ini adalah tahap pembinaan bulan ini untuk projek kondo oleh syarikat konsesi terowong bersama syarikat rakan kongsi.

Projek Fasa pertama ini dibina di atas sebahagian tanah yang diberi oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai bayaran untuk projek terowong.

Kondo ini terletak di tanah tepi laut di Tanjong Tokong ,dijual dengan harga RM1,350 setiap kaki persegi dan telah 90% habis dijual.

Fasa pertama ini yang untungnya amat tinggi dengan nilai GDC RM800 juta akan siap dibina akhir tahun ini.

Fasa kedua yang bernilai RM1.2 billion akan mula tahun depan.

Ewein plans to launch City of Dreams 2 in 2020

Keseluruhan nilai pembangunan di atas separuh tanah yang diberi oleh kerajaan negeri kepada syarikat terowong adalah RM15 bilion.

Ada separuh lagi tanah yang belum ditentukan nilai lagi.

Kondo dah nak siap.

Tapi masih tidak ada sebarang pembinaan untuk projek terowong yang telah bermula.

Saya baca ada komen dalam posting semalam yang bertanya kenapa tak lapor atau kenapa SPRM tak siasat.

Sebenarnya, SPRM sudah siasat dan ada 6 kertas siasatan telah siap yang masih tunggu pejabat peguam negara untuk bertindak sejak awal tahun lepas:

Dari FB Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker