Sim Tze Tzin Celupar, Biadap Hina Skuad Sabil Pemuda UMNO – Dr Shamsul Anuar

Biadap dan tidak melambangkan keperibadian sebagai seorang pemimpin rakyat.

Demikian tempelak Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah ke atas Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Sim Tze Tzin yang menghina Skuad Sabil Pemuda UMNO.

Semalam, Sim dalam Facebook peribadinya telah memuat naik sekeping gambar Skuad Sabil bersama Presiden UMNO, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dengan petikan kata yang penuh celupar; “Akhirnya, 1 juta Pak guard dari Bangladesh telah sampai…. ka ka ka…”

“Komen Timbalan Menteri Pertanian Dan Asas Tani (Sim Tze Tzin) berhubung penubuhan Skuad Sabil Pemuda UMNO Malaysia sangat biadap dan tidak melambangkan keperibadian yang baik sebagai seorang Timbalan Menteri.



“Reaksi beliau juga menunjukkan kegusaran beliau dengan kekuatan baru Pemuda UMNO Malaysia,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Justeru Dr Shamsul yang juga Ahli Parlimen Lenggong menggesa skuad sukarelawan parti itu tidak patah semangat atas hinaan dari pemimpin PKR itu.

“Kepada semua Skuad Sabil Pemuda UMNO Malaysia. Kita bangkit dan buktikan kita hebat,” serunya lagi.

Petang semalam, Dr Ahmad Zahid telah merasmikan penutup Kursus Siri Pertama Skuad Sabil di Janda Baik, Bentong, Pahang.



Ia merupakan kumpulan pertama dan perintis seramai 300 anggota di kalangan Pemuda UMNO yang dilatih untuk menjadi anggota Skuad Sabil.

Manakala Dr Asyaf turut menjelaskan signifikan skuad tersebut yang dinamakan Sabil.

“Kalau mengikut istilah fekah, dari segi bahasa Sabil membawa makna:
“Setiap perkara yg diperintahkan Allah daripada kebaikan, kebiasaan penggunaannya pada jihad di jalan Allah”.

“Justeru Sabil membawa maksud apa sahaja kerja amal kebajikan dan kebaikan yang memberi manfaat kepada ummah dan mendapat keredhaan Allah,” katanya. – UMNO ONLINE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker