DAP ‘tidak senang duduk’ lihat Melayu, Islam bersatu

Melihatkan perkembangan semasa kemantapan muafakat antara Pas dan UMNO yang sekali gus menyaksikan penyatuan umat Islam melalui dua parti terbesar orang Melayu itu, Pas percaya Pakatan Harapan (PH) terutamanya DAP, kini pastinya ‘tidak senang duduk’.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, DAP dilihat antara yang paling resah apabila melihat orang Melayu dan Islam kembali bersatu melalui penyatuan ummah Pas dan UMNO.

Katanya, sebelum ini, DAP telah berjaya memecahkanbelahkan orang Islam sehingga tertubuhnya beberapa parti Melayu lain seperti Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Jelas beliau, orang Melayu dan Islam pastinya akan hilang kekuatan dan lemah apabila berpecah dan perkara itulah yang diharapkan oleh DAP.

“Apa yang berlaku sebelum ini perlu dijadikan pengajaran agar Melayu dan Islam selepas ini tidak lagi berpecah kerana akhirnya ia akan merugikan kita sendiri.

“Pas dan UMNO adalah parti teras orang Melayu Islam dan kita mesti bentuk kekuatan kita,” katanya ketika berucap pada Himpunan Jelajah Piagam Pas-UMNO peringkat negeri ini di Dewan 2020 di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin; Ketua Penerangan UMNO,

Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Hadir sama Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli; Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man; barisan kepemimpinan kedua-dua parti itu di negeri ini serta lebih 2,000 orang yang memenuhi dewan tersebut.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, di atas kertas, kerjasama antara Pas dan UMNO mampu merampas kembali hampir kesemua negeri termasuk Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Berdasarkan kiraan undi dalam pilihan raya lalu apabila undi Pas dan UMNO dicampur kita sudah mampu memenangi 123 buah kerusi Parlimen. Itu tidak masuk lagi golongan muda, rakyat, orang kampung yang semakin muak dengan PH kerana gagal menunaikan pelbagai janji.

“Disebabkan itu, kita percaya mereka (PH) tidak akan berdiam diri melihat kerjasama ini (Pas, UMNO) dan akan melakukan sesuatu untuk melihat muafakat ini berpecah. Kita tidak akan biarkan perkara ini berlaku,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Related Articles

One Comment

  1. Using DAP acronym to really mean the Chinese rakyat as a political strategy to fell this duly elected govenment.

    Menyahinsanikan Cina dan India, dua bangsa terbesar di negara majority Islam.

    ‘Ulamak dunia haus kekuasaan di dalam dunia dan suka mendapatkan harta plus gila pujian.’

    Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan berkata banyak pihak menggunakan DAP sebagai perkataan kod yang bermaksud masyarakat Cina.

    Nak kata cina kata lah CINA, apa hipokrit sangat?

    Menyahinsanikan bangsa Cina supaya senang rakyat taksub PAS dan PAS bolih melakukan apa jua kepada mereka apabila di arah pemimpin PAS.

    Menyahinsanikan, dehumanise satu satu bangsa dengan pangiilan tertentu, dalam jangka masa panjang adalah sebab sebabnya genosid Rawanda ( panggilan ‘lipas’, ‘cockroaches’), Khilafah Uthamaniyah ( ‘kafir laknatullah’), Holocaust (‘Jews’), Aztec (‘infidels’), Orang Asli Australia (‘Abo’, their classification as ‘vermin’ by invaders) bla bla bla berlaku dengan cukup senang.

    Membunuh tanpa belas kasihan dan tanpa perasaan menyesal.

    https://journals.sagepub.com/doi/full/10.1177/2158244013499143

    https://www.timetravelturtle.com/spanish-south-america-genocide/

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker