‘Carilah’ Allah ketika solat

REALITINYA, masalah hilang khusyuk berlaku hampir kepada semua orang tatkala menunaikan solat.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Apabila dilaungkan azan untuk solat, nescaya syaitan berlari sehingga terkentut sekira-kira tidak lagi mendengar suara azan. Apabila selesai azan, maka dia datang semula sehinggalah apabila diiqamatkan, maka sekali lagi dia melarikan diri. Sehingga selesai iqamat, dia datang semula dan mewas-waskan dengan lintasan seseorang pada jiwanya. Dia berkata: ‘ingat sekian-sekian’ sehingga akhirnya seseorang itu tidak ingat berapakah bilangan rakaat yang dia lakukan solat.” – Riwayat al-Bukhari

Pedoman
Justeru, kalaulah ini berlaku, maka wajib bagi kita bermujahadah untuk menumpukan khusyuk hanya kepada Allah kerana balasan bagi solat khusyuk adalah syurga Firdaus.

Imam Al-Ghazali menyebut antara cara untuk khusyuk dalam solat ialah:

* Menghadirkan hati ketika solat.

– Justeru, hendaklah berusaha membuang semua perkara duniawi yang tidak berkaitan dengan solat dan tidak ada hubungan dengan Allah

* Memahami semua makna yang dilafazkan dalam solat seperti makna bacaan surah al-fatihah, bacaan ketika rukuk, dan lain-lain

* Mengagungkan Allah dengan perasaan bahawa diri kita sangat kerdil dan hina di depan Allah Yang Maha Agung

* Menzahirkan rasa kehebatan Allah SWT dengan menghadirkan rasa takut dan gerun kepada Allah

* Penuh pengharapan kepada Allah dengan sentiasa menaruh harapan agar amalan solat kita akan diterima

* Merasa malu kepada Allah atas kekurangan dan kelemahan diri kita.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker