PERASMIAN SKUAD SABIL UMNO

Share

Hari ini tercipta sejarah bilamana lahirnya satu badan ber”uniform” di bawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang kita namakan sebagai SKUAD SABIL mengambil semangat “Fi sabilillah” untuk melahirkan generasi pemuda yang sanggup berjuang di jalan Allah, punya akhlaq dan disiplin yang baik, rela berkorban mempertahankan agama, bangsa dan tanahair.

Seramai lebih 300 sukarelawan Skuad Sabil Siri 1 selesai menjalani latihan bertempat di ILMU, Janda Baik. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO. Skuad Sabil akan bertindak sebagai sukarelawan yang menjaga keselamatan pemimpin dan program-program parti, membantu tatkala berlakunya bencana serta memberikan bantuan kebajikan kepada rakyat apabila diperlukan. Inilah wadah untuk Pemuda UMNO menabur bakti kepada rakyat.

Syabas diucapkan kepada Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki, KPUM atas kejayaan penubuhan Skuad Sabil ini, tidak dilupakan Sdr Mohamad Fazly Zainudin, Exco Pemuda merangkap Pengerusi Skuad Sabil yang bertanggungjawab menjayakan program latihan ini dibantu oleh Muhammad Saifullah Ali, Timb Pengerusi serta semua ahli jawatankuasa, para faslitator, semua tenaga pengajar, pengerusi negeri-negeri, Ketua2 Pemuda Negeri, Ketua2 Pemuda Bahagian dan semua sukarelawan Skuad Sabil yang komited.


One thought on “PERASMIAN SKUAD SABIL UMNO

  • August 25, 2019 at 21:58
    Permalink

    Satu skuad sukarela yg Bagus di tubuhkan terutama dlm keadaan Negara sekarang. Semoga ramai lagi anak muda melayu yg akan masuk dlm skuad ini. Syabas pemuda.

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!