Hukum makan kenduri tanpa diundang

PASTI ada sesetengah daripada kita pernah menemani rakan ke kenduri kahwin walaupun hanya rakan itu sahaja yang mengenali tuan rumah dan dijemput.

Biarpun hal itu dilihat sebagai perkara normal dalam masyarakat namun ternyata hukumnya adalah haram.

Menurut Pencetus Ummah, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai Pu Azman sebagaimana dipetik menerusi hantaran dalam Instagramnya, wajib minta halal kepada tuan rumah jika sudah makan di kenduri yang tidak dijemput.

“Kalau kita seorang saja yang dijemput, tidak boleh memandai-mandai ajak orang lain melainkan dengan izin tuan rumah.



“Kalau kita diajak oleh kawan yang dia memang dijemput, kena tanya kawan tu adakah tuan rumah kasi?” katanya.

Tambahnya, hal berkaitan keizinan ini sememangnya harus diselesaikan terlebih dahulu.

Sumber: Instagram PU Azman



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker