Pemimpin DAP mahu komunis diiktiraf?

Pas Perak hari ini melahirkan kekhuatiran dengan isyarat awal untuk mewajarkan perjuangan komunis susulan ciapan seorang pemimpin DAP di Twitter apabila mendakwa mendiang datuknya adalah bekas perajurit yang mempertahankan negara semasa Perang Dunia Kedua.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, ciapan berkenaan memusykilkan kerana perajurit yang mempertahankan negara ketika itu ialah tentera dari negara-negara Komanwel manakala tentera tempatan pula kesemuanya berketurunan Melayu dari negeri-negeri Melayu bersekutu.

Menurut Razman, terdapat juga pihak lain iaitu Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Bintang Tiga dari Pertubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) yang menentang atas dasar kebencian berhubung kait dengan perang China-Jepun.

Namun katanya, MPAJA yang mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu selama 14 hari selepas kekalahan pihak Jepun, telah menimbulkan huru-hara, keganasan serta pembunuhan.

“Oleh itu, kami menggesa pemimpin berkenaan tampil menyatakan secara terang dan jujur tujuannya membuat ciapan berbaur rasis dan mungkin merangka satu gerakan berkaitan yang kami sebutkan.

“Sebarang tindakan untuk memperakui atau mengiktiraf perjuangan berkenaan sebagai mempertahankan negara, tidak dapat diterima sama sekali apatah lagi cuba memberi penghargaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Biarpun kenyataan itu tidak menamakan siapakah pemimpin DAP tersebut yang juga didakwa sebagai Ahli Parlimen dari Perak, namun ia dipercayai merujuk kepada Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming.

Pada 16 Ogos lalu, Kor Ming dalam ciapan Twitter miliknya menulis ‘Mendiang datuk saya & Timb Menteri YB @hannahyeoh adalah bekas perajurit yg mempertahankan negara semasa perang dunia II. Bila Jepun menjajahi tanahair kita, mereka yg berkorban mempertahankan kedaulatan negara adalah wira & wirawati, sumbangan mereka wajib diberi penghargaan.’

Dalam pada itu, Razman berkata, gelaran perajurit, wira dan wirawati negara serta terma mempertahankan kedaulatan negara termasuk penghargaan yang diberi adalah hak eksklusif dan nilai yang tidak boleh disetarakan dengan MPAJA dan PKM.

Beliau berkata, MPAJA atau Bintang Tiga yang terdiri daripada ahli-ahli PKM ini telah meletuskan pertempuran perkauman khususnya antara orang Cina dengan Melayu sehingga merenggangkan hubungan.

“Adakah kini pemimpin DAP tersebut cuba mengapi-apikan sentimen perkauman dengan menjulang terbuka mendiang datuknya sebagai bekas perajurit yang mempertahankan negara?

“Adakah ini episod lanjutan provokasi awal memperlekehkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai ‘hanya tahu makan dan tidur sahaja’ oleh taikun proPakatan Harapan, Koon Yew Yin sehingga martabat perajurit sebenar direndahkan dan mahu diletakkan mereka di ladang Felcra bagi menggantikan warga asing?” soalnya. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

2 Comments

  1. puak2 biaDap ni akan terus cuba n cuba nak tanam rasa geram dlm sanubari Melayu… mereka ni golongan yg takde rasa malu… tengokla cara mereka bercakap .. mcm bagus but really of NO quality and baseless…

    Jgn sesekali biarkan mereka ni nak meroyan panjang…

  2. Ok lah, kita relax sekejab dan berfikir. Katalah kita terima idea Nga Ko Meng utk iktiraf datuk dia sbg perajurit yg mempertahankan negara semasa perang dunia ke 2. Wira dan wirawati. Soalan yg perlu dijawab :
    1. Selepas tamat perang dunia, kemana dan dimana datuk dan wira serta wirawati dia berada?
    2. Duduk diam dirumah bersama kaum keluarga atau berada di hutan rimba menjadi pengkhianat dan talibarut pkm?
    3. Klu duduk dirumah, siapa pula yg memasang jerangkap samar(Bobby Trap) yg menyebabkan pasukan keselamatan ATM dan Polis spt RAMD, RENJER, KOMANDO, RAJD, POLIS HUTAN (PPH) Putus kaki, robek perut, buta mata, putus tangan dan mati. Apakah pasukan keselamatan ini masuk hutan lekatkan bom kat badan utk bunuh diri?
    4. Klu malapetaka tu angkara perajurit, wira dan wirawati yg ingin disanjung tu, maka sewajarnya mereka serta keturunannya digelar dan diiktiraf sebagai pengkhianat negara.
    5. Jika begitu keadaannya, maka para pengkhianat dan keturunannya sewajarnya dilucutkan kerakyatannya, harta bendanya dirampas dan dibuang keluar dari Bumi Malaysia ini atau seluruh keturunan pengkhianat itu dihukum tembak sam
    pai mati atau dipancung dan cincang lumat sebagaimana komunis melaksanakan hukuman bunuh kpd talibarut atau pengkhianatnya.
    6. Minta Nga Kor Meng senaraikan keturunan datuknya hingga dia dan cucu cicitnya dan kawanx serta sahabat handai yg terlibat dlm perang dunia kedua utk diiktiraf sebagai wira dan wirawati. Klu dia betulx gentleman.
    7. Jika dia gagal menjawab persoalan di atas dgn tepat beserta buktixnya, maka anggaplah datuk serta gengnya dan keturunannya hingga ke hari ini adalah pengkhianatx negara. HUKUMANNYA ADALAH LUCUT KERAKYATAN, RAMPAS SELURUH HARTA DAN BUNUH.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker