Saham GLC dalam DreamEdge : Apabila kantoi salahkan Najib.

Najib nafi lulus GLC beli saham projek kereta nasional ke-3

Najib Razak menolak dakwaan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinannya meluluskan sebuah syarikat berkaitan kerajaan untuk membeli saham dalam DreamEDGE Sdn Bhd, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan kereta nasional ke-3 pada 2017.

Bekas perdana menteri itu berkata, kerajaan BN di bawah pimpinannya tidak pernah bercadang membangunkan projek kereta nasional ke-3, sebaliknya projek itu diilhamkan kerajaan Pakatan Harapan.

“Masa BN, kita tidak pernah mahu laksanakan projek Protiga (projek kereta nasional ke-3), projek ini langsung tidak wujud masa itu.

“Bukan BN yang pilih syarikat itu untuk projek tersebut, tetapi PH yang pilih,” tulisnya di Facebook malam ini.

Beliau menyifatkan ia sebagai “cubaan paling gagal” untuk menyalahkannya.

“Mula-mula, kerajaan PH janji tak akan guna sebarang dana awam untuk projek kereta nasional ke-3. Selepas itu, mereka terkantoi apabila syarikat yang mereka pilih didapati adalah milik kerajaan dengan saham biasa 10%.

“Belum masuk lagi sejumlah saham dalam bentuk RCPS (saham keutamaan boleh tukar boleh tebus) yang boleh ditukar menjadi saham biasa dan akan meningkatkan kepentingan kerajaan sehingga tahap 53%.

“Apabila kantoi, menteri ini cuba salahkan Najib.”

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking hari ini dilaporkan berkata, kerajaan terdahulu meluluskan sebuah GLC untuk membeli saham dalam DreamEDGE Sdn Bhd.

Katanya, Venturetech Sdn Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai A-Bio Sdn Bhd yang dimiliki Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi (Might) dilaporkan membuat pelaburan dan membeli saham kira-kira 10% dalam DreamEDGE pada 2017.

“Ketika itu Pakatan Harapan bukan kerajaan. Tapi ada perdana menteri yang juga menteri kewangan ketika itu membenarkan Might dan anak syarikatnya masuk ke dalam DreamEDGE pada 2017,” kata Leiking.

FMT

Related Articles

2 Comments

  1. Hahaha, mai kita pakat2 gelak kt menteri bangang ni…dah terkantoi nipu. Gamaknya klu dia sembelit, x leh berak pun disalahkan bn krn bekalkan beras yg x berkualiti.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker