Rais Yatim, Dr Zakir Naik dan Ektremis Hindu

oleh AB JALIL BACKER

Sebahagian kita mungkin melihat Tan Sri Rais Yatim ini sebagai ahli politik dan intelektual Melayu sebab beliau sentiasa bercakap bahasa Melayu baku.

Sebenarnya, selain kebolehan berbahasa dengan baik, beliau bukanlah terkenal sebagai seorang yang mempunyai pemikiran besar.

Rais Yatim tidak menyumbang apa-apa kepada dakwah Islam atau kemajuan orang Melayu. Beliau hanya oportunis politik yang mengambil kesempatan dari kasih sayang orang Melayu terhadap bahasa Melayu.

Hanya ada dua kesimpulan mengenai Rais Yatim ini apabila beliau mendakwa tiada masalah antara orang Melayu dengan penganut agama Hindu sebelum kedatangan Dr Zakir Naik

– sama ada beliau seorang bodoh atau penipu.

Isu antara penganut agama Islam dan Hindu di negara ini sentiasa ada.

Misalnya pada 1998 berlaku pergaduhan di Kampung Rawa, Pulau Pinang membabitkan masayarakat Melayu dan India.

Pada tahun 2001 sekali lagi berlaku pergaduhan antara masyarakat India dan Melayu di Taman Medan, Selangor.

Antara tahun 2005-2008, Hindu Rights Action Force (HINDRAF) mengadakan demontrasi, ceramah dan kempen menuduh Kerajaan Malaysia menindas penganut agama Hindu dan merobohkan beribu-ribu kuil atas sebab agama.

Hasilnya kerajaan BN Selangor kalah dalam pilihan raya 2008 kerana isu kuil Rimba Jaya, Shah Alam.

Wakil rakyat MIC bagi DUN Lunas juga pernah ditembak mati pada tahun 2000. Walaupun ia tidak boleh disahkan berkait dengan isu agama, namun ia salah satu teori ketika itu.

Ini belum ditulis pergaduhan kecil dan terpencil yang tidak diperbesarkan oleh media.

Justeru ada buat kesimpulan siapa Rais Yatim ini – pembohong atau bodoh!

Jika Zakir Naik melakukan kesalahan di negara ini beliau harus didakwa di negara ini. Namun setakat ini jelas ucapan beliau diputarbelitkan oleh Malaysiakini.

Apa jenis manusia Islam bernama Rais Yatim ini sanggup meminta Dr Zakir Naik diserahkan kepada kerajaan India yang diperintah oleh parti ektremis Hindu?

Dr Zakir Naik adalah pendakwah terkemuka Islam
yang telah berjaya menyampaikan risalah Allah kepada ribuan bukan Islam. Adakah kita mampu melakukan seperti beliau?

Beliau tidak pernah menghasut orang Islam membenci bukan Islam, apatah lagi berperang dengan bukan Islam. Beliau hanya membuat perbandingan Islam dengan agama lain.

Kebanyakan ceramah beliau hanya berkisar kepada membuktikan kepada umum mengapa al-Quran adalah risalah tulen dari Allah.

Apakah tidak ada sedikit pun perasaan kasih sayang kita kepada beliau?

Apakah kita lebih mementingkan perasaan Hindraf dan pemerintah india yang dikuasai oleh Bharatiya Janata Party (BJP)?

BJP adalah sebuah parti ektremis Hindu yang terbabit mengahsut penganut agama Hindu meruntuhkan masjid Babri di India pada 1998.

Amat memalukan jika ada orang Islam memliih menyokong Hindraf dan BJP berbanding Dr Zakir Naik.

Rendah sungguh nilai iman kita hari ini.

https://www.facebook.com/ABJALILBACKER/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker