Ringgit terus susut berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berikutan kekurangan permintaan terhadap unit tempatan dengan pelabur terus tidak memasuki pasaran menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ke-2 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) esok.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1910/1960 berbanding dolar US daripada 4.1870/1900 semasa ditutup pada Rabu.

Peniaga berkata, penganalisis berhati-hati dengan unjuran mereka dengan sebahagian mengunjurkan pertumbuhan yang lebih tinggi pada suku tahun tersebut, manakala sebahagian melihatnya rendah sedikit.

“StanChart (Standard Chartered) misalnya menurunkan unjuran pertumbuhan KDNK 2019 bagi Malaysia kepada 4.6% daripada 4.9% berikutan impak daripada persekitaran luar yang lemah,” katanya.

Firma penyelidikan itu berkata, walaupun penggunaan swasta yang berdaya tahan akan menampan ekonomi terhadap ketidaktentuan luaran, pertumbuhan tidak terkecuali kepada persekitaran luar yang lemah.

Berbanding sekumpulan mata wang lain, unit tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi, kecuali yen, yang merosot kepada 3.9564/9622 daripada 3.9359/9398.

Unit tempatan meningkat berbanding pound British kepada 5.0539/0604 daripada 5.0575/0628, mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0158/0204 daripada 3.0192/0224 dan naik berbanding euro kepada 4.6696/6769 daripada 4.6802/6840.

Bernama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker