“Manakah Maruah Anda Sebagai Melayu, Muslim Atau Sekadar Mencari Redha Mereka?” – Firdaus Wong

Share


Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai Hung membidas Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang bersikap ‘pilih kasih’ dalam membuat pendirian berhubung ucapan penceramah bebas, Dr Zakir Naik di Kelantan baru-baru ini.

Bidasnya dalam satu lontaran di Facebook, ketika mana wujud ramai ahli politik dan ahli perniagaan yang sangat jelas melampaui batas, Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) itu berdiam diri tetapi dengan cepat mahu Dr Zakir Naik keluar dari negara ini berdasarkan satu video klip pendek kurang dari dua minit sedangkan konteksnya lebih lama dari itu.

“YB Syed Saddiq bila nak usir Kulasegaran yang mengatakan Melayu adalah bangsa pendatang?

“Bila pula mahu mengusir Koon Yew Yin yang menghina tentera kita? Bila pula nak usir Lee Kim Yew yang menghina jalur gemilang?

“Bila pula nak usir Waytha Moorthy yang memburuk-burukkan Malaysia di luar negara? Soalnya.

Tambahnya lagi, selain suara Ahli Parlimen Muar itu, turut dipersoalkan di manakah pendirian Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa apabila kesucian agama Islam juga diganggu-gugat.

“Bila yang belum muslim kritik Islam dan simbol negara, diam seribu bahasa. Bila ucapan seorang Muslim yang dimusuhi pembenci Islam yang diambil di luar konteks, dengan segera anda mendesak diusir?

“Manakah maruah anda sebagai seorang Melayu dan Muslim atau sekadar cuba mencari redha mereka?

“Menteri Agama Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa di manakah suara anda tatkala Islam dan Muslim diserang bertalu-talu? Tegasnya lagi. – UMNO ONLINE



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *