Khat adalah sejarah negara, jangan tunduk desakan Dong Zong

Share


KUALA LUMPUR 15 Ogos – Kementerian Pendidikan diminta untuk tidak mengindahkan desakan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) berkenaan pelaksaan tulisan khat di sekolah.

Hal ini kerana khat adalah Kaligrafi dan sejarah telah membuktikan bahawa Jawi adalah antara tulisan tulisan asal negara.

Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, Dong Zong terlalu optimis apabila cuba menyembunyi dan menidakkan sejarah negara dengan adanya tulisan Jawi sebagai penggerak utama.

“Kita tidak pernah mempersoalkan kaligrafi cina malah menanggap ia sebagai kekuatan dan kepelbagaian etnik dalam negara.

“Sikap Dong Zong terlalu rasis apabila mengeluarkan Kenyataan2 yang berbaur hasutan dan kejian. Janganlah diusik pembuluh perpaduan dengan menegakkan perkara yang boleh menggugat keharmonian,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Ahmad Yaacob berkata, hasrat kerajaan memperkenalkan khat adalah sebagai ilmu tambahan bagi mengenali sesuatu bangsa dengan lebih mendalam.

Ujarnya, Dong Zong tidak melihat dengan jelas apa yang cuba disampaikan oleh kerajaan iaitu memujuk hubungan integrasi yang lebih jitu.

“Desakan Dong Zong ini bagi saya adalah desakan yang menyalahi suasana keharmonian, suasana adab berbilang kaum, bangsa dan amalan yang ada di negara kita.

“Pada saya inilah sebenarnya peluang untuk kita mengetahui apa sebenarnya yang ada dalam isi hati pihak Dong Zong sebenarnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *