Samsuri calon PM dari PN – Muhyiddin

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin tidak menafikan pencalonan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon mereka dalam PRK ini adalah langkah mengetengahkan menteri besar terbabit sebagai calon perdana menteri masa depan.

Katanya ia merupakan langkah strategik gabungan terbabit, sekali gus memberi gambaran PN mempunyai ramai calon dan tokoh untuk diketengahkan.

Pada masa sama ahli parlimen Pagoh itu memberi bayangan bahawa usaha membentuk kerajaan boleh berlaku sebelum PRU akan datang.

“Ya tak dapat dinafikan, kerana akan ada masa untuk PN mencipta sejarah sama ada sebelum nak sampai PRU ke-16 atau selepas PRU ke-16 dengan harapan kita dapat membentuk kerajaan.

“Jadi semua langkah-langkah yang diambil ini adalah antara langkah strategik yang dapat memberi gambaran kepada rakyat bahawa kita (PN) ada ramai tokoh yang bijaksana, berkemampuan, terpuji sikapnya, adalah moderate dan ada kelayakan profesional,” katanya pada sidang media di Felda Kerteh 5 di Kemaman, hari ini.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu itu berkata demikian ketika ditanya sejauh mana pencalonan Ahmad Samsuri dilihat langkah PN mengetengahkan watak baru sebagai calon perdana menteri akan datang.

Malah Muhyiddin berkata dia yakin personaliti Ahmad Samsuri itu mampu menarik sokongan rakyat.

“Jadi saya fikir ini satu nama personaliti yang saya yakin mampu menarik sokongan pengundi-pengundi,” katanya.

Ahmad Samsuri yang juga anggota Adun Ru Rendang dalam parlimen Marang itu akan berdepan cabaran calon BN Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

PRK Kemaman akan berlangsung pada 2 Dis depan selepas Mahkamah Pilihan Raya 26 Sept lepas membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada PRU ke-15.

Seramai 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 387 anggota polis, sembilan anggota tentera dan 12 pengundi tidak hadir luar negara.

Pada PRUke-15, Che Alias menang dengan majoriti 27,179 undi apabila memperoleh 65,714 undi dan menewaskan Pengerusi Umno Terengganu, Ahmad Said (BN) yang mendapat 38,535 undi.

Dua lagi calon lain ketika ialah Hasuni Sudin mewakili PH (8,340 undi) dan Rosli Ab Ghani (Pejuang) yang mendapat 506 undi.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker