Kes kemalangan : PDRM diuji lagi

Kejadian kemalangan yang melibatkan Syed Muhammad Danial Syed Syakir sangat mendukacitakan. Berlaku ketika umat Islam sedang membuat persediaan menyambut Aidiladha.

Kita ucapkan takziah kepada isteri Allahyarham Syed Muhammad Danial. Diharap isteri dan keluarganya bersabar menghadapi keadaan ini.

Dalam apa situasi pun, tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang.

Namun, kes ini sekali lagi menguji tahap profesionalisme Polis Diraja Malaysia ( PDRM).



Dan oleh kerana kejadian yang berlaku di Kilometer 239 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur Bandar Baharu Bangi, Selangor telah menarik perhatian pelbagai pihak.

PDRM mesti melakukan siasatan terperinci dalam menangani kes ini.

Saya juga minta siasatan adil, dan telus segera diselesaikan, supaya dapat membendung dari berlakunya perkara lain.

Kita harap pihak polis akan mengambil tindakan adil dan tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan dalam kes ini.



Pelbagai pihak pasti inginkan keadilan. Undang undang diwujudkan antaranya bertujuan melindungi rakyat. Oleh itu rakyat mesti diberikan pembelaan.

Apapun berikan keyakinan dan kepercayaan pada PDRM mengendalikan kes ini. Rakyat yang terinaya mesti dibela.

Penulis ialah Ketua Penerangan UMNO
Utusan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker