Israel cuba menipu dunia dakwa Jihad Islam dalang serangan hospital Gaza

Israel cuba menipu dunia dakwa Jihad Islam dalang serangan hospital Gaza

Jihad Islam hari ini menyifatkan dakwaan tentera Israel bahawa gerakan itu bertanggungjawab terhadap serangan ke atas sebuah hospital Gaza yang mengorbankan ratusan nyawa sebagai pembohongan.

Sekurang-kurangnya 500 orang terbunuh dalam serangan udara di pekarangan hospital yang melindungi mereka yang cedera dan kehilangan tempat tinggal daripada pengeboman Israel, kata pegawai kesihatan tempatan hari ini menyebabkan kecaman dan kemarahan global.

Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas mendakwa Israel berada di belakang serangan ke atas hospital Ahli Arab di tengah Gaza tetapi tentera Israel menyalahkan roket yang tidak berfungsi yang ditembak oleh Jihad Islam.

“Musuh Zionis berusaha keras untuk mengelak tanggungjawabnya atas pembunuhan beramai-ramai kejam yang dilakukannya dengan mengebom Hospital Nasional Arab Baptist di Gaza melalui rekaan pembohongannya yang biasa, dan dengan menuding jari menyalahkan gerakan Jihad Islam di Palestin,” menurut Jihad Islam dalam satu kenyataan.

“Oleh itu kami mengesahkan bahawa tuduhan yang dikemukakan oleh musuh adalah palsu dan tidak berasas,” tambahnya.

Menurut kenyataan itu, hospital itu telah diarahkan untuk berpindah oleh Israel di bawah ancaman pengeboman, dan ia adalah bom yang dijatuhkan oleh pesawat tentera Israel yang menyebabkan tragedi itu.

Ia berkata hospital itu telah “menerima notis awam yang dibuat secara global mengenai pemindahan di bawah ancaman pengeboman.”

Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari dalam taklimat media berkata pada masa serangan itu, tentera Israel tidak menjalankan operasi udara berhampiran hospital dan roket yang mengenai bangunan itu tidak sepadan dengan mereka.

Beliau menambah bahawa tentera juga akan menyediakan bukti perbualan dalam bahasa Arab yang menunjukkan serangan itu dilakukan oleh Jihad Islam. BH

Israel cuba menipu dunia dakwa Jihad Islam dalang serangan hospital Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS

PU Abu cerai 2 isterinya

Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10

Sarimah tegur pengacara mana tu?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker