Ambil iktibar peristiwa korban

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengajak umat Islam mengambil iktibar daripada peristiwa Nabi Ibrahim A.S yang reda mengorbankan anaknya iaitu Ismail A.S.

Menurutnya, sewajarnya umat Islam mengambil iktibar daripada peristiwa itu dan bersama menghayati falsafah pengorbanan tersebut.

“Atas keyakinan ia adalah tuntutan dan kehendak Allah SWT, Nabi Ibrahim A.S reda mengorbankan anaknya yang satu, iaitu Ismail A.S.

“Sewajarnya kita mengambil iktibar daripada peristiwa ini dan marilah sama-sama kita hayati falsafah pengorbanan tersebut.

“Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar. Selamat hari raya korban,” katanya dalam hantaran melalui akaun facebook milik beliau semalam.

Turut sama mengucap salam Aidiladha ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1440H kepada semua Muslimin dan Muslimat.

“Marilah kita semua terus berdoa agar kita semua terus berada dalam lindungan Allah SWT jua, Insya-Allah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker