Mana janji Kit Siang nak buat Blueprint untuk Orang Asli – Najib

Share


199 hari telah berlalu.
Ingat lagi tak?
Lim Kit Siang semasa PRK Cameron Highlands dia janji nak buat blueprint untuk Orang Asli.
Katanya dia prihatin dan nak bantu.

Tapi siapa tak tahu?
Dia dengan anak dia, Menteri Kewayangan sama sahaja.

Manifesto bukan kitab, tabur sajalah apa-apa janji.

Amat sedih sekali hari ini Barisan Nasional tidak lagi berkuasa.
Kita tidak mempunyai sumber dan jentera kerajaan seperti dahulu untuk membantu masyarakat Orang Asli.

Antara kenangan saya bersama mereka ialah melihat bagaimana kehidupan mereka kembali pulih dengan pembinaan semula Perkampungan Sungai Ruil di Cameron Highlands.

Pada tahun 2011, kawasan itu mengalami kejadian tanah runtuh. Ada seramai 7 orang yang maut dan 2 lagi parah.
Banyak rumah di situ yang ditimbus tanah runtuh dan banjir lumpur.
Penduduk pula perlukan bantuan bukan sahaja dari segi pemindahan ke tempat selamat tetapi membina semula kehidupan dan perumahan mereka.
Pada pembentangan Bajet 2017 pula, bajet terakhir yang saya berpeluang bentangkan sebelum Kerajaan diambil alih Pakatan Harapan, ada Tok Batin dari Negeri Sembilan dan Selangor hadir bersama saya di Parlimen.

Dalam Bajet itu saya umum peruntukan RM222 juta untuk projek bekalan air terawat di 42 perkampungan Orang Asli, program pembangunan ekonomi dan keusahawanan serta Penempatan Semula Perkampungan.
Setiap tahun, setiap Bajet sudah tentu ada peruntukan untuk Orang Asli.

Mereka masyarakat Orang Asli adalah kawan-kawan saya juga.
Saya berpendapat bahawa pembangunan dan kebajikan masyarakat Orang Asli wajar diberi perhatian lebih kerajaan hari ini.
Dan jangan tipu mereka lagi lah, Lim Kit Siang.
Kita buat kerja kena ikhlas.

Perjuangan untuk masyarakat Orang Asli masih perlu diteruskan.
Selagi saya Najib Razak ada, saya tetap berdiri bersama mereka.
Selamat Menyambut Hari Orang Asli Sedunia.

dari FB Najib Razak


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *