‘Keluarga Adib hanya mahu AG minta maaf, bukan dipenjara’

Share


Keluarga allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim hanya mahu Peguam Negara Tommy Thomas memohon maaf dalam kes inkues bagi menentukan punca kematian bekas anggota bomba itu.

Peguam keluarga Adib, Haniff Khatri Abdulla berkata anggota keluarga si mati tiada niat supaya Thomas dipenjarakan.

Mahkamah koroner di Shah Alam diberitahu perkara itu hari ini.

“Kami juga menjelaskan kepada mahkamah, sangat jelas, permohonan yang dibuat oleh keluarga Adib ini, jika dibenarkan oleh mahkamah sebagai penghinaan, pihak keluarga tak berhasrat untuk meminta suatu perintah supaya AG dipenjarakan.

“Itu bukan niat kami.

“Apa yang penting adalah sekiranya mahkamah mendapati sepertimana kami percaya beliau melakukan penghinaan mahkamah, kami cuba minta dia minta maaf sebagai seorang yang memegang kerusi peguam negara Malaysia.

“Minta maaf pada mahkamah dan keluarga Adib, dan beri aku janji bahawa perkara seperti itu tak akan berulang,” katanya kepada pemberita.

Koroner Rofiah Mohamad menetapkan 21 Ogos untuk mendengar permohonan ex parte bagi mendapatkan kebenaran merujuk Thomas kepada prosiding komital.

Thomas diwakili peguam kanan persekutuan S Narkunavathy.

Permohonan itu dibuat setelah afidavit peguam negara menyebut Adib meninggal dunia bukan disebabkan kecederaan akibat serangan.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *