LIM GUAN ENG TIDAK PERLU KAMBING HITAMKAN AKHBAR CINA BILA PENCETUS KETAKUTAN ADALAH PARA PEMIMPIN DAP SENDIRI

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dalam kenyataan beliau semalam menyalahkan sebuah akhbar Cina, Sin Chew Jit Poh, kerana kononnya mencetuskan ketakutan di kalangan masyarakat bukan Melayu ke atas impak pengenalan tulisan khat di sekolah rendah.

Walhalnya sudah terang lagi bersuluh yang mencetuskan ketakutan di kalangan masyarakat bukan Melayu ini adalah para pemimpin DAP seperti:

(1) V Ganabatirau, ADUN Kota Kemuning dan Ahli EXCO Kerajaan Selangor, yang antara lainnya mendakwa pengenalan tulisan khat Jawi mempunyai motif tersembunyi yang dikaitkan dengan Islamisasi yang kononnya sedang berlaku di negara ini.

(2) Dr P Ramasamy, ADUN Perai dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, yang antara lainnya menyifatkan kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, bahawa pengenalan tulisan khat Jawi tiada kaitan dengan Islamisasi sebagai tidak meyakinkan.

(3) Tan Kok Wai, Chong Chien Jin, Chow Yu Hui, Lim Lip Eng, Ronnie Liu dan sebagainya yang turut mencetuskan kegusaran dengan cara masing-masing.

Sukar dibayangkan mentaliti para pemimpin DAP sehinggakan belajar menulis dalam bentuk tulisan khat lima simpulan Bahasa Melayu, iaitu “ringan tulang”, “buah tangan”, “ambil berat”, “ibu kandung” dan “baik hati”, pun boleh menimbulkan keributan dan jadi isu besar.

Dr. Kamarul Yusoff

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker