Syed Saddiq jangan hipokrit, anda parasit Johor

Semalam, Syed Saddiq telah memuat naik gambar beliau bersama-sama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal di pejabat Perdana Menteri. Bersama-sama dengan gambar tersebut, satu status berbunyi “Hubungan Johor dan federal bagai cubit peha kiri terasa peha kanan.”

Tidak pasti sama ada Syed Saddiq memahami maksud perumpaan yang beliau sebutkan tersebut. Jika diambil kepada perumpaan tersebut secara literal, pendefinisiaannya adalah bilamana ahli keluarga mendapat kesusahan atau kesedihan, ahli-ahli keluarga lain akan turut sama-sama berkongsi kesusahan atau kesedihan tersebut.

Dalam hal ini, negeri Johor yang bernaung dibawah Persekutuan bukan sahaja tidak seperti perumpaan yang disebut tersebut, malah lebih teruk lagi. Johor hari ini seperti telah dianaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Hal ini dapat dilihat daripada beberapa contoh yang berlaku pasca PRU-14 apabila Kerajaan Pakatan Harapan dibawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil alih tampuk kepimpinan negara. Hubungan antara Persekutuan dengan Johor setiap hari semakin tegang. Ada sahaja yang ingin dipertikaikan. Daripada pelantikan Menteri Besar, isu tanah, isu statut rome.

Daripada sudut ekonomi pula, Johor sebagai antara negeri penyumbang utama KDNK negara dan merekodkan pertumbuhan KDNK lebih tinggi daripada purata nasional pada 5.1 peratus. Tetapi dimaklumkan Johor hanya menerima RM2 billion daripada Kerajaan Persekutuan walaupun menyumbang lebih RM40 billion kepada Kerajan Persekutuan.

Sumbangan dan bantuan kepada negeri Johor juga sering dilambat-lambatkan. Sebagai contoh, Johor dipilih menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2020. Setelah menang PRU-14 pada Mei 2018, sehingga ke Mei 2019, tiada sebarang bantuan yang disalurkan.

Lebih teruk, pada pembentangan Bajet Malaysia 2019, tiada peruntukan diberikan untuk Johor untuk SUKMA tersebut. Akhirnya, Kerajaan Negeri sendiri perlu menggunakan peruntukan negeri untuk membangunkan fasiliti-fasiliti bagi tujuan penganjuran temashar dwitahunan tersebut.

Kepada Syed Saddiq, janganlah memandai-mandai untuk menyatakan cubit peha kiri, peha kanan terasa sakit. Kerana Kerajaan Persekutuan tidak menghiraukan Johor, dan Johor sering menjadi negeri terakhir mendapat bantuan dan insentif kerajaan Persekutuan.

Tidak guna kita menjadi negeri yang bernaung di dalam Persekutuan jika negeri kita dianaktirikan. Konsep Persekutuan perlulah berlaku adil kepada negeri-negeri dibawahnya, kerana tanpa sumbangan dan usaha-usaha negeri-negeri ini, Persekutuan tidak mampu untuk menjalankan fungsinya dengan baik dan berkesan.

Nor Mohamad Shawaludin adalah Ahli Dewan Muda Johor.

Utusan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker