Mansuh Bantuan Pekebun Kecil: PH Sungguh Benci Dengan Orang Kampung… Keadilan Buat Siapa?

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad kesal dengan sikap kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana satu demi satu menghapuskan keistimewaan yang dinikmati oleh masyarakat desa.

Bidasnya dalam satu lontaran di Facebook, apa sahaja yang pernah kerajaan Barisan Nasional (BN) bina dan sediakan kesemuanya hendak diroboh dan ditarik balik.

“PH sungguh benci kepada orang kampung. Kita kena tunggu sehingga PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15). Sabar,” ujarnya.

Shahrir berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Menteri Industri Utama, Teresa Kok semalam bahawa PH tidak akan melaksanakan kembali skim bantuan penanaman semula kepada pekebun-pekebun kecil sawit di seluruh negara kerana mahu bersikap adil kepada semua pihak.

“Adil kepada semua? Skim bantuan tanam semula sawit ini pada awal hanya untuk pekebun kecil persendirian dan melalui MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia). Pada 2018, ianya dipanjangkan juga kepada peneroka Felda oleh kerana peneroka Felda yang memiliki kebun sendiri adalah juga pekebun kecil.

“Apabila peneroka juga mendapat bantuan geran ini, mereka tidak perlu berhutang dengan Felda. Peneroka dan Felda sama-sama tidak dibebankan.

“Jadi bila dimansuhkan, keadilan buat siapa? Soalnya juga dalam satu lagi status di media sosialnya itu.

Jelas bekas Pengerusi Felda itu lagi, geran tanam semula berjumlah RM7,500 satu hektar diterima dalam tempoh 20 tahun sekali; selaras dengan usia tua pokok kelapa sawit yang perlu ditebang dan ditanam semula.

“Maknanya, RM375 satu hektar satu tahun. Untuk peneroka yang ada empat hektar RM1,500 setahun sahaja sebagai geran atau RM125 sebulan.

“Itulah nilai bantuan untuk peneroka yang ada kebun empat hektar. Lagi sikit kalau orang kampung ada kebun yang lagi kecil,” tambahnya.

Kesimpulannya tegas Shahrir, kerajaan PH tidak berminat untuk bantu orang kampung dan peneroka.

“Bukanlah demi keadilan! Inilah cakap berbelit kerajaan PH atau ‘double speak’. Mengguna perkataan yang manis tapi sebenarnya berbisa,” bidasnya. – UMNO ONLINE

Related Articles

One Comment

  1. Memang dah jangkakan tindakan ini, tunggu…Ada lagi bantuan yang akan dimansuhkan…

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker