Harga jualan perkakasan tentera tidak masuk akal – Sultan Johor

Share


Sultan Johor menegaskan Baginda sebagai Kolonel Komandan Grup Gerak Khas (GGK) akan sentiasa memerhati serta mengambil tahu mengenai Kor Gerak Khas.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, pihak komando tidak seharusnya menerima apa sahaja peralatan yang dicadangkan atau hendak dijual oleh pembekal.

“Saya juga perhatikan ada bekas-bekas Jeneral bersara menjadi ejen menjual perkakasan tentera kepada komando dengan harga tidak masuk akal.

“Sebagai contoh, pembelian bot ‘Rigid Riding Craft’ sebanyak lapan unit dicadangkan dengan kos RM5 juta seunit, harga ini tidak munasabah dan selepas saya campur tangan, saya berikan komando bot lebih baik serta menjimatkan kerajaan,” titah Sultan Ibrahim seperti dipetik dalam laman Facebook rasminya.

Sultan Johor yang juga Kolonel Komandan GGK bertitah demikian pada majlis Perbarisan Sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-54 di Kem Iskandar, Mersing hari ini.

Mengiringi Baginda Tuanku Sultan ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Titah Sultan Ibrahim, Baginda sedar campur tangannya dalam urusan perolehan komando itu tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan sebagai ejen atau orang tengah.

“Jika saya tidak campur tangan dalam hal ini, siapa yang akan untung berjuta ringgit,” tegas Baginda.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut bertitah menzahirkan penghargaan kepada kerajaan yang meluluskan peruntukan kira-kira RM180 juta untuk perolehan beberapa peralatan khas komando, payung terjun, rumah CQB dan kolam renang tempur di Kem Iskandar. – UTUSAN ONLINE


One thought on “Harga jualan perkakasan tentera tidak masuk akal – Sultan Johor

  • August 2, 2019 at 9:54 pm
    Permalink

    ketika era naJib jengeral bodoh curi duit rakyat melalui tendar atm ini tak dapat cari makan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *