Ahli tanya apa status Azmin dalam PKR?

RANTAU, 04/04/2019. Port Dickson member of parliament, Datuk Seri Anwar Ibrahim (left) together with Party deputy president, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (right), arrive for celebrating of 20-year Party Keadilan Rakyat at Dataran Rantau, Negeri Sembilan. Pix by Malay Mail / Hari Anggara.
PUTRAJAYA 1 Ogos – Kepimpinan PKR digesa memberikan maklum balas segera berhubung status jawatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang didakwa gagal menghadiri mesyuarat parti dalam tempoh yang lama.

Ahli PKR Cabang Ipoh Barat, P. Jenapala menjelaskan, terdapat peruntukan dalam Perlembagaan PKR yang menetapkan mana-mana ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang mungkir menghadiri mesyuarat MPP sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa alasan-alasan memuaskan akan disifatkan sebagai meletakkan jawatan di dalam MPP dan badan itu berhak menguatkuasakan fasal itu.

Katanya, beliau hari ini telah membangkitkan perkara tersebut sewaktu bertemu pegawai Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung status terkini Mohamed Azmin.

“Dalam pertemuan tadi, wakil ROS mengambil maklum mengenai perkara ini. Selain ROS, kepimpinan parti turut perlu memberikan jawapan ini dengan segera kerana kita mahu tahu perkembangan jawatan yang disandang Mohamed Azmin,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama pegawai ROS di Ibu Pejabat ROS hari ini.

Sementara itu, seorang pegawai ROS ketika dihubungi Utusan Malaysia memaklumkan, pihaknya sehingga kini tiada sebarang ulasan atau kenyataan akan dibuat mengenai perkara tersebut.

“Maaf tuan, kami tiada sebarang ulasan untuk itu,” katanya.

Semalam, sekumpulan ahli PKR termasuk Jenapala memaklumkan mereka ingin mendapatkan penjelasan ROS bagi mendapatkan status terbaharu Mohamed Azmin selaku orang nombor dua PKR yang didakwa gagal menghadiri mesyuarat parti untuk tempoh yang lama.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan ketidakhadiran Mohamed Azmin ke mesyuarat MPP PKR sejak November 2018.

Lebih menjadi perhatian, sikap beliau itu dibandingkan dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad serta beberapa menteri Kabinet yang masih mementingkan urusan parti walaupun sibuk dengan tugas kerajaan. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker