Adat Pepatih pun panggil DAP yang rasmi – Mohamad Hasan

Adat pun panggil DAP yang rasmi – Mohamad Hasan

Tindakan pengajur Forum Ibu Soko di Negeri Sembilan menjemput Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon untuk merasmikan forum tersebut dikritik.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penganjur sepatutnya menjemput Datuk Penghulu Luak Jempol untuk merasmikan majlis itu kerana forum tersebut berkaitan adat dan berlangsung di kawasan beliau.



Menurut Mohamad, forum tersebut juga berkaitan dengan tugas Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu, Mohamad Nazaruddin Sabtu yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pilah.

“Adat pun panggil DAP yang rasmi. Takkan tak boleh jemput sekurang-kurangnya Dato Penghulu Luak Jempol, buat di kawasan beliau.

“Ini bukan ke fungsi Exco Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu NS, ADUN Pilah?” tulis Mohamad dalam Facebook beliau.

Forum Ibu Soko Di Negeri Sembilan dijadual berlangsung di Dewan Pendeta Za’ba, Batu Kikir Jempol pada 6 Ogos depan.



Forum bertema ‘Wanita Pemangkin Adat Pepatih’ itu bertujuan untuk mengetahui peranan dan kedudukan serta tanggungjawab Ibu Soko atau wanita dalam sistem adat Perpatih.

Utusan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker