Hina nabi: Wanita UMNO Pasir Mas tempelak kerajaan PH

Share


PASIR MAS – Sikap membisu kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW tanpa mengambil tindakan tegas ke atas pelaku amat mengecewakan.

Ketua Wanita UMNO Pasir Mas, Rita Sarbanon Ismail berkata, walaupun sudah beratus laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun Facebook ‘Wendy Loong’, sehingga hari ini masih belum ada tangkapan dilakukan.

“Saya amat kecewa dengan situasi ini, ia memberi isyarat seolah-olah laporan polis yang dibuat itu tidak memberi makna.

“Sungguhpun begitu, kami Wanita UMNO Pasir Mas tetap membuat laporan polis terhadap isu ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas hari ini.

Rita berkata, laporan polis itu dibuat supaya rakyat membuka mata terhadap kerajaan yang dilihat banyak membisu dalam isu tersebut.

Katanya, Wanita UMNO Pasir Mas berharap rakyat dapat membuka mata untuk menilai mandat yang telah diberikan kepada PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

“Isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW tidak boleh dipandang enteng oleh kerajaan kerana ia boleh menggugat kestabilan negara. Jika perkara ini tidak dibendung ia akan menyebabkan

perkara itu terus berulang.

“Jadi kerajaan perlu ambil tindakan tegas dan tidak hanya berdiam diri. Sejujurnya saya amat kecewa dengan prestasi menteri agama yang ‘menikus’ dalam isu ini,” katanya.

Sinar Harian


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *