Pembelian 4 lebuhraya ditangguh : Inilah bahayanya bila kita ada menteri akauntan tak bertauliah yang salah titik perpuluhan – Najib

Media Singapura mendedahkan bahawa rancangan Guan Eng untuk membeli 4 lebuhraya dengan harga RM6.2 bilion telah ditangguh dan perlu dikaji semula.

Kerana ada kebimbangan bahawa harga yang ditawar adalah terlalu tinggi dan hasil dari “caj kesesakan” lebuhraya itu tidak mampu untuk membayar balik hutang RM6.2 bilion untuk menampung kos pembelian.

Hari itu saya telah memberi amaran ini dan sifatkanya sebagai langkah kerajaan PH untuk tol-forever walaupun yang dijanji ialah tol-free.

Saya juga menyifatkan langkah PH ini sebagai durian runtuh untuk penjual dan memberi bukti harga saham mereka telah melonjak naik selepas pembelian ini diumumkan.

Tapi Guan Eng dan Tony Pua penat lelah untuk mempertahankan projek mereka.

Macam-macam alasan dikeluarkan setiap hari oleh mereka.

Sehingga Tony Pua mengeluarkan kenyataan dan alasan setengah-masak yang saya sangkal di sini:

Sebenarnya, penangguhan rancangan pembelian 4 lebuhraya ini adalah tamparan hebat untuk Guan Eng dan Tony Pua.

Saya ingat hanya projek kerajaan BN dahulu perlu dikaji semula.

Rupa-rupanya projek PH baru pun perlu dikaji semula.

Surat tawaran sudah disampaikan secara rasmi oleh kerajaan kepada penjual lebuhraya itu.

Lembaga pengarah syarikat penjual dah bermesyuarat untuk menerima tawaran dan diumumkan kepada Bursa Malaysia.

Harga saham mereka pun dah naik kerana ini.

Tiba-tiba rancangan ini ditangguhkan pulak untuk kaji semula.

Kini, harga saham akan jatuh semula.

Mereka yang telah membeli saham syarikat penjual itu pada harga tinggi dengan harapan akan mendapat durian runtuh tentu akan “berterima kasih” besar kepada Guan Eng.

Sekejap tawar untuk membeli. Sekejap U-turn dan kata nak kaji semula.

Pelabur-pelabur asing pun pening kepala.

Kita boleh salahkan pelabur tak jika mereka tidak lagi ada keyakinan kepada kerajaan PH dan pasaran saham kita?

Inilah bahayanya bila kita ada menteri-menteri akauntan tak bertauliah yang salah titik perpuluhan.

Matematik mereka untuk pembelian yang bernilai berbilion-bilion Ringgit pun ke laut.

dari FB Najib Razak

Related Articles

2 Comments

  1. Apa macam mahacai?
    Kalau ye pun nak percayakan bangsa cina, percayalah pada cina yang pandai berniaga, pandai kira..
    Percaya pada yang tak ada tauliah perakuanan apa ke jadahnya?

  2. Biasalah, diorang beli saham dulu kemudian umum isu kasi harga saham pump naik, lepas tu bila dah sampai peak, jual dan umum tangguh jadi saham drop balik.

    Margin situ saja dah berapa untung?

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker