“Jangan Cuma ‘Happy’ Berkunjung Ke Luar Negara, Bawalah Balik Pelaburan Asing” – Najib

Selain galak menjual harta negara setiap minggu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) mestilah bekerja keras menggalakkan lagi banyak pelaburan swasta masuk, desak bekas Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

“Jangan cuma ‘happy’ berkunjung ke luar negara. Bawalah balik pelaburan-pelaburan asing.

“Ekonomi kita semakin tenat sejak PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14),” tegas Najib dalam hantaran di Facebook.

Najib berkata demikian mengulas laporan para penganalisis ekonomi yang sedang bimbang tentang kadar pelaburan swasta di Malaysia cuma 0.4 peratus pada suku pertama 2019, di sebalik propaganda dan penipuan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng seperti mengira penjualan aset negara sebagai pelaburan asing dalam tinggi dalam sejarah.

“Menteri Kewayangan boleh tipu rakyat tapi pakar-pakar ekonomi tak makan propaganda dan pengumuman indah tetapi menipu dari dia..

“Pelaburan baru yang disukat mengikut ‘Gross Fixed Capital Formation’ (GFCF) sekarang adalah pada tahap paling rendah sejak krisis kemelesetan ekonomi dunia (Great Global Recession) pada tahun 2008 – iaitu kemelesetan ekonomi dunia paling teruk sejak tahun 1930-an,” katanya lagi.

Dalam satu status sebelumnya di media sosialnya itu juga Najib mendedahkan kerajaan PH masih menjual aset-aset negara.

“Seperti dijangka, Khazanah (Khazanah Nasional Berhad) sudah jual semua pegangan dalam satu dari dua projek di Singapura yang dirunding, dilancarkan dan dirasmi oleh saya masa saya PM. Pegangan ini dijual kepada syarikat pelaburan Singapura.

“Semasa mengumumkan penjualan dengan harga RM4.74 bilion ini semalam, Khazanah mengaku bahawa kejayaan projek DUO di Ophir-Rochor di Pusat Bandar Singapura (CBD) ini adalah jauh di luar jangkaan dan amat menguntungkan.

“Oleh itu, perlulah dijual oleh kerajaan PH walaupun saya rasa ianya lebih baik jika masih dimiliki oleh kita dan kita mendapat pulangan dari sewa yang dikutip,” ujarnya.

Bagaimanapun, Khazanah memilih untuk memegang semua kepentingan mereka dalam Hotel Andaz di projek yang sama itu tetapi semua ruang runcit, pejabat dan bangunan lain di projek itu yang kini memberi pulangan besar setiap bulan kepada Khazanah dah dijual.

“Tak apa.

“Banyak lagi aset-aset yang dibina oleh kerajaan BN masih boleh dijual oleh PH,” sinis bekas Menteri Kewangan itu lagi.

Najib juga pernah menulis di Facebooknya mengenai asal-usul projek tersebut dengan projek Marina One (pautan, klik di sini) – MediaUMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker